Author: Portal Maklumat Rakyat

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI

Program Musa’adah Tijariyyah 2.0 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM). Menterinya Senator Idris Ahmad berkata program berbentuk bantuan perniagaan sebanyak RM3,000 itu dilihat memberi impak positif kepada 1,000 usahawan asnaf yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan. Program yang diperkenalkan sejak Mac 2021 itu telah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu 700…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

103,528 pengguna langgan Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia

Sehingga kini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merekodkan seramai 103,528 pengguna yang melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ia melebihi sasaran peringkat awal iaitu sekurang-kurangnya seramai 100,000 pengguna sahaja membabitkan dua pakej kemudahan akses Internet itu. Katanya, KKMM turut menjangkakan pengguna yang mendapat manfaat daripada pakej itu akan bertambah dari semasa ke semasa dan ia mampu mencecah sehingga 130,000…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK- Warga asing ada sejarah perjalanan ke tujuh negara Afrika tidak dibenar masuk

Warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe dalam tempoh 14 hari tidak dibenar memasuki Sarawak buat sementara waktu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan laporan mengenai varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529 yang membabitkan ketujuh-tujuh negara. Kenyataan itu menyebut rakyat Malaysia dan pemegang pas Penduduk Tetap yang pulang ke Malaysia dari negara terbabit bagaimanapun dibenar memasuki…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelan Tindakan Perpaduan Negara, KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia berasaskan pandangan akar umbi

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang dilancarkan semalam, dirangka berdasarkan kajian sebenar yang mengambil kira pandangan masyarakat akar umbi dan pemimpin masyarakat setempat. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah  Mohamed Sadique berkata sebagai pelan induk program perpaduan, Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 menggariskan 57 program bagi mencapai lima teras strategik yang ditetapkan. Lima teras strategik berkenaan adalah memelihara sistem demokrasi Raja  Berperlembagaan;  membentuk masyarakat yang menghargai…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Daftar dan kemas kini maklumat untuk BKM bermula 1 Januari

Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Januari depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, mereka tidak perlu membuat permohonan BKM kerana bantuan akan diberikan secara automatik dengan bayaran pertama dijangka pada Mac 2022. Menurutnya, proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Dua kes jangkitan JE libatkan kematian di daerah Kota Setar

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan terdapat dua kes jangkitan “Japanese Encephalitis” (JE) dikesan di Daerah Kota Setar dengan kedua-dua kes itu melibatkan kematian. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November lepas kemudian diikuti dengan kes kedua pada Khamis lepas (25 November) sekali gus jabatan itu mengisytiharkan wabak berkenaan di daerah terbabit pada hari sama. Sehubungan itu, beliau berkata jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di negeri…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK-MCMC diminta kaji penyediaan internet guna sistem FWB

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diminta untuk mengkaji pembekalan liputan Internet menggunakan jalur lebar tanpa wayar tetap (FWB) secara meluas di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata analisis faedah kos itu adalah bagi menentukan keberkesanan dalam menyediakan kemudahan Internet kepada rakyat. Sistem itu telah digunakan di bawah inisiatif transformasi digital Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada April lepas…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bahasa Melayu masih diguna pakai, duduki tangga ke-10 popular di dunia

Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana Bahasa Melayu bukan sahaja masih diguna pakai di peringkat antarabangsa tetapi menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pada masa ini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, akan tetapi hanya 20 bahasa sahaja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi termasuk Bahasa Melayu.  “Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda…

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMMUR- Pasukan MEKAR JPN Terengganu bantu mangsa kehilangan dokumen

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu akan menggerakkan dua pasukan Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membantu mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri. Pengarahnya Mohamad Nasir Kareem berkata pasukan yang terdiri daripada 20 kakitangan jabatan itu akan membantu mangsa membuat permohonan dokumen ganti di PPS sebelum proses penggantian dibuat di pejabat JPN terdekat. “Kita (JPN) memang sentiasa mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko banjir…

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Pulau Pinang tubuh task force pantau kebajikan anak yatim akibat COVID19

Kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan bertindak (task force) untuk memantau kebajikan dan kesihatan mental kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata pasukan bertindak itu diwujudkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Negeri. “Buat masa ini, ‘task force’ amat perlu untuk membantu kanak-kanak ini. Kerajaan negeri melalui Jabatan…