Author: Portal Maklumat Rakyat

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Industri aeroangkasa bakal jana pendapatan RM30 bilion menjelang 2025

Industri aeroangkasa telah dikenal pasti sebagai satu daripada industri strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk melonjakkan negara kepada trajektori berteknologi tinggi, yang menjana pendapatan RM30 bilion pada 2025 berbanding RM11.6 bilion pada 2020. Menurut dokumen RMK-12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, industri yang dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan dalam lima tahun ke hadapan itu akan ditransformasi kepada menghasilkan produk dan perkhidmatan lebih kompleks. “Inisiatif ini akan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Industri E&E disasar sumbang RM120 bln kepada KDNK, jana RM495 bln pendapatan eksport menjelang 2025

Industri elektrik dan elektronik (E&E) disasar menyumbang sebanyak RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM495 bilion menjelang 2025. Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), pemain industri E&E digalakkan untuk menerima guna teknologi termaju dan menghasilkan produk yang lebih sofistikated, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan. Menurut Dokumen RMK-12 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, anjakan industri perlu dilaksana melalui peningkatan pelaburan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12 bakal tingkatkan KDNK Sabah dan Sarawak sebanyak 6.5 peratus dan 5.3 peratus setahun

Usaha dan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dijangka menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak 6.5 peratus dan 5.3 peratus. Kedudukan Sabah dan Sarawak yang terletak di lokasi yang strategik, berhampiran dengan kebanyakan negara ASEAN serta China dan Jepun mewujudkan peluang ekonomi dan perdagangan yang besar kepada kedua-dua negeri berkenaan, demikian menurut dokumen RMK-12  yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini,.…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Pelaburan perkhidmatan global disasar mencecah RM89 bilion pada 2025

Jumlah pelaburan sektor Perkhidmatan Global (GS) disasarkan mencecah RM89 bilion pada 2025, demikian menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Menurut dokumen berkenaan, sektor GS merupakan sebahagian daripada industri strategik dan berimpak tinggi yang menjadi antara sasaran terpilih rancangan lima tahun berkenaan untuk dipercepatkan pembangunannya. GS yang terdiri daripada Hab Prinsipal, Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) dan ibu pejabat operasi merupakan penyumbang utama pelaburan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kedudukan kewangan kerajaan dijangka bertambah baik pada tahun 2023 – PM Ismail Sabri

Kedudukan kewangan kerajaan dijangka bertambah baik  pada tahun 2023  apabila ekonomi semakin kukuh selepas terjejas kerana penularan pandemik COVID-19 selama dua tahun berturut-turut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Penularan pandemik ini turut memberi impak kepada ekonomi global pada tahun 2020, dengan penguncupan pada kadar 3.2 peratus berbanding pertumbuhan 2.8 peratus pada tahun 2019, katanya. “Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan pandemik ini. Mengimbas pencapaian dalam tempoh…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Kerajaan tingkat program pembangunan keusahawanan, pupuk minda usahawan

Kerajaan akan terus mempertingkat program pembangunan keusahawanan bagi memupuk minda bersesuaian kepada mereka yang berminat menjadi usahawan, menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Pembangunan keusahawanan akan berteraskan kepada Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030). Menurut dokumen itu, pendidikan dan latihan akan tertumpu kepada usaha membangunkan pelajar dengan set kemahiran usahawan dan kerjasama Triple Helix akan terus digalakkan bagi membolehkan usahawan memperoleh kemahiran dan kecekapan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Kerajaan sasar basmi kemiskinan tegar menjelang 2025

Kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, tumpuan akan diberi kepada daerah dan lokasi termiskin di bandar dan luar bandar bagi menangani isu kemiskinan dan membangunkan masyarakat inklusif.  Bagi tujuan itu, kerajaan menggariskan enam bidang keutamaan RMK12 termasuk Menangani Kemiskinan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Pendidikan, pembangunan ekonomi Orang Asli antara fokus RMK12

Memantapkan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi Orang Asli antara usaha yang bakal dilaksana dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menurut Dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, akses kepada Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) akan ditambah baik, bagi memastikan anak-anak Orang Asli memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemasukan ke Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pendidikan tertiari akan dipertingkat, selain Program Jom Belajar akan diperluas lagi…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu mula vaksinasi gelandangan

Kerajaan Terengganu memulakan program vaksinasi COVID-19 kepada golongan gelandangan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, malam tadi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ahmad Shah Mohamed berkata seramai 18 gelandangan telah menerima suntikan dos tunggal vaksin jenis CanSino. Setakat ini, dianggarkan terdapat 50 gelandangan di sekitar daerah Kuala Terengganu. “Sambutan yang diterima sangat baik kerana gelandangan telah diberi penerangan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang…