Category: Antarabangsa

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Memacu agenda pertumbuhan hijau penting untuk kesejahteraan negara, rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agenda pertumbuhan hijau suatu yang amat penting bagi mencapai pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial. “Dalam usaha mencapai persekitaran hijau dan lestari, kerajaan perlu melaksanakan strategi yang tepat dan pragmatik untuk membasmi kemiskinan tegar, kebuluran dan ketidaksamaan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-13 (ASEM13) secara maya di sini, semalam. Justeru, Perdana Menteri berharap negara maju terus menyokong dan menyediakan bantuan teknikal serta pemindahan teknologi kepada…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Antivaksin tidak dibenarkan buat tarian haka

Orang asli Maori yang terkenal dengan tarian haka ‘Ka Mate’ melarang golongan antivaksin daripada melakukan ritual tersebut ketika menyertai demonstrasi. Puak Ngati Toa diiktiraf dalam undang-undang New Zealand untuk melindungi kebudayaan serta sejarah haka Ka Mate. Ngati Toa mengutuk penggunaan haka Ka Mate untuk mempromosi mesej anti vaksin Covid-19. “Oleh hal yang demikian, kami melarang mana-mana penunjuk perasaan antivaksin melakukan ritual tersebut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan puak tersebut. Terdapat pelbagai…

Posted on: 13/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Austria mahu ‘kurung’ rakyat tolak vaksin

Canselor Austria, Alexander Schallenberg bercadang untuk melaksanakan perintah berkurung minggu depan terhadap individu yang belum menerima suntikan vaksin, susulan kes Covid-19 semakin meningkat di negara itu. Austria mengambil beberapa langkah sejak kebelakangan ini dalam usaha membendung penularan virus tersebut serta menggalakkan lebih ramai rakyat mendapatkan vaksin. Isnin lalu, negara itu memperkenalkan peraturan baharu bagi menghalang individu yang tidak divaksin yang belum pulih daripada jangkitan wabak mengunjungi restoran, hotel, salon dandanan…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ismail Sabri lawat fasiliti pertahanan PT Pindad di Bandung

BANDUNG-Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat fasiliti  pengeluaran produk ketenteraan dan komersil Indonesia milik PT Pindad, yang terlibat dalam industri pertahanan sejak 1983. Dalam lawatan itu beliau diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq. Turut hadir bagi pihak Indonesia pula  Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto,  Direktur Utama PT Pindad  Abraham Mose selain Menteri Pendidikan,…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan secara berperingkat

JAKARTA- Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur. “Jika dipercepatkan urusan untuk butirannya, pernyataan bersama akan dibuat untuk mengumumkan pembukaan sempadan antara Malaysia dan…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lauk berasaskan kari di UK naik harga

Pihak industri memberi amaran kos bagi hidangan masakan kari bakal meningkat di United Kingdom (UK) disebabkan harga rempah ratus secara borong melambung tinggi. Lapor Daily Mail, pembekal barangan rempah ratus merancang untuk menaikkan harga sebanyak 50 peratus terhadap pelbagai rempah ratus termasuk ketumbar dan jintan manis yang digunakan dalam masakan India. Menurut syarikat memproses dan menjual makanan, kos bawang putih dan halia juga meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam bulan…

Posted on: 05/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Menteri Luar Australia lawat Malaysia dari 5-7 November

Menteri Luar Australia Senator Marise Payne akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai hari ini hingga 7 November, serta menghadiri Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri Luar Malaysia-Australia (AFMM) ke-4. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Payne akan mempengerusikan mesyuarat itu secara bersama pada Sabtu. AFMM kali ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan selepas kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Australia melancarkan Kerjasama Komprehensif Strategik pada 27 Januari 2021,menurut kenyataan Kementerian Luar.…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Wisma Putra pantau perkembangan kes hukuman mati tahanan Malaysia di Singapura

Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan kes pelaksanaan hukuman mati ke atas tahanan warganegara Malaysia, Nagaenthran Dhamalingam dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada Nagaenthran dan keluarga. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam suatu kenyataan hari ini berkata, beliau juga telah mengutus surat kepada Menteri Luar Singapura berkenaan dengan kes tersebut. Saifuddin berkata beliau juga telah menerima surat daripada organisasi Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) melalui Ahli…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN labuhkan tirai sidang kemuncak dengan tekad bangkit lebih gagah atasi pandemik

Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirainya pada Khamis menyaksikan negara anggota bertekad untuk kembali bangkit lebih gagah menentang pandemik COVID-19. Sidang yang dipengerusikan Brunei Selasa, pelbagai siri mesyuarat memperlihatkan para pemimpin ASEAN memanfaatkan platform berkenaan untuk menyatakan kebimbangan  terhadap isu berkaitan pandemik COVID-19. Pemimpin ASEAN juga menyuarakan mengenai kesan buruk pandemik terhadap masyarakat dan ekonomi di rantau ini dan meneroka kerangka kerja pemulihan yang merangkumi pembukaan sempadan…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN dijangka benarkan perjalanan rentas sempadan tidak lama lagi

Kerangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi mempermudah perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun, pelaksanaan ATCAF perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19. “Boleh dikatakan semua negara ASEAN bercakap mengenai keperluan untuk mengizinkan perjalanan antara negara anggota terutama yang berkongsi sempadan yang sama.  “Kami percaya ia akan dapat…