Category: Dasar

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar Agromakanan Negara 2.0 rancakkan industri nanas Malaysia

Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) yang bersifat inklusif dalam pemodenan pembangunan pertanian negara serta jaminan bekalan makanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bakal merancakkan lagi industri nanas negara. Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM) Mohd Khairuzamri M. Salleh berkata teras utama DAN 2.0 selari dengan matlamat agensi melihat agromakanan sebagai sektor mampan, berdaya tahan, berteknologi tinggi selain mampu memacu pertumbuhan ekonomi sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan, pembangkang setuju tukar komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menukar komposisi semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan perkara itu dijangka dapat dikemukakan di Dewan Rakyat Selasa ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu terlebih dahulu akan dibawa ke Jawatankuasa Dewan esok untuk diputuskan sebelum menteri membawa usul mengenai pertukaran komposisi itu pada pagi Isnin. “… selepas sahaja usul menteri di pagi Isnin itu, saya akan panggil Jawatankuasa Pemilih tengah hari…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia-AS sepakat pastikan momentum hubungan dua hala kekal kukuh – Saifuddin, Blinken

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengadakan perbualan telefon pada khamis malam dan kedua-dua pemimpin berazam untuk memastikan momentum hubungan dua hala terus kekal kukuh.   Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), hubungan dua hala itu merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan dan keselamatan. Saifuddin dan Blinken turut membincangkan pelbagai isu antarabangsa dan serantau, termasuk kerjasama tiga hala Australia-United Kingdom-AS (AUKUS), situasi di Myanmar dan Afghanistan serta Laut…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DPN 2030 percepat adaptasi teknologi sektor pembinaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembinaan Negara 2030 (DPN 2030) yang bertemakan ‘Digitalisasi Sektor Pembinaan’ bertujuan mempercepatkan pengadapatasian teknologi dalam semua proses kerja sebelum, semasa dan selepas pembinaan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sektor pembinaan negara bersedia untuk bergerak seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) melalui teras strategik DPN 2030. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/870563/dpn-2030-percepat-adaptasi-teknologi-sektor-pembinaan Sumber : Berita Harian

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Dasar tenaga dan komunikasi yang komprehensif dirangka sejajar trend peralihan tenaga global

Dasar tenaga baharu yang komprehensif akan dirangka supaya menjadi panduan dalam menangani pelbagai isu, merentas beberapa sektor yang menggunakan tenaga dan memastikan pembangunannya sejajar dengan trend peralihan tenaga global. Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi, melalui dasar baharu itu prospek pertumbuhan masa hadapan yang berkaitan tenaga akan diteroka terutama potensi tenaga baharu daripada sumber tenaga bersih dan mampan, termasuk hidrogen. “Pada masa kini sektor tenaga…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Dasar nasional mengenai perpaduan akan diperkenal bagi kesepaduan sosial

Dasar nasional mengenai perpaduan akan diperkenal untuk menggalakkan kesepaduan sosial dan keharmonian serta memanfaatkan kepelbagaian sebagai aset bagi memperkukuh perpaduan rakyat. Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini menyebut dasar tersebut akan menggariskan tiga teras bagi meneraju agenda perpaduan iaitu, membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional serta memperkukuh ekosistem perpaduan. “Pelan tindakan juga akan diperkenal untuk menterjemahkan dasar melalui pelaksanaan…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PARLIMEN: Subsidi, insentif padi berasas ‘output’

Pendekatan pemberian subsidi dan insentif bagi penanaman padi akan beralih daripada ‘input’ kepada ‘output’ secara beransur-ansur. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata industri padi dan beras negara antara yang paling banyak menerima peruntukan subsidi oleh kerajaan, demi memastikan pengeluaran makanan ruji itu berupaya menampung permintaan semasa. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/866232/parlimen-subsidi-insentif-padi-berasas-output Sumber: Berita Harian

Posted on: 18/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dokumen tafsiran Keluarga Malaysia akan dikeluarkan dalam masa terdekat – Annuar

Dokumen pentafsiran falsafah “Keluarga Malaysia” akan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Penerangan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.  Beliau menerusi penampilan pertama bagi program “Bersama Annuar”  di Twitter Spaces kendalian Bernama malam ini berkata dokumentasi ini bertujuan menghuraikan kefahaman atau falsafah Keluarga Malaysia agar dapat difahami dan dihayati seluruh lapisan masyarakat.  “Secara umumnya, falsafah Keluarga Malaysia ini merupakan satu pendekatan yang dibawa Perdana Menteri…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU kerajaan, PH perkasa negara tempuh pelbagai cabaran – Annuar Musa

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) akan memperkasa negara dalam menempuh pelbagai cabaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui MoU itu, tumpuan akan dapat dilakukan terhadap segala usaha ke arah memperkasa dan memenangi perang melawan COVID-19, melakukan transformasi pentadbiran serta pembaharuan parlimen. “Inisiatif besar itu terbit daripada sifat dan kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang sentiasa…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MA63: Kerajaan berjanji beri perhatian isu kepentingan Sabah, Sarawak – Ismail Sabri

Kerajaan  melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjanji memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperhalusi perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikannya, dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak, serta lapan Menteri Persekutuan. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk…