Category: Info Ekonomi

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

60 usahawan Malaysia diberi penghargaan pada ‘Made for The World Excellence Awards 2021’

Seramai 60 usahawan Malaysia telah diberi penghargaan pada “Made for The World Excellence Awards 2021.” Majlis anugerah tahunan kedua iru telah dianjurkan oleh portal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dwibahasa, NiagaTimes.com dengan kerjasama media, The Malaysia Voice untuk meraikan pencapaian cemerlang dalam kalangan pemain industri yang kekal berdaya tahan dalam perniagaan mereka dan menyumbang kepada pembinaan negara walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Suriani Ahmad, pelaksanaan…

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kempen Beli Barangan Malaysia, Program Jualan Malaysia akan diperhebatkan tahun hadapan

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan kempen berimpak tinggi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) serta Program Jualan Malaysia (PJM) dan akan diperhebatkan pada tahun hadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan. “KBBM mencatatkan nilai jualan barangan buatan Malaysia bagi 2020 mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.87 bilion pada…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pharmaniaga bekal dos penggalak jenis Sinovac kepada swasta

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) akan membekalkan dos vaksin penggalak Sinovac kepada hospital dan klinik swasta terpilih tidak lama lagi, susulan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) semalam. Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata vaksin itu boleh didapati di hospital dan klinik swasta tertentu sebagai pilihan bagi individu yang berhasrat mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi diri mereka. “Kami harap dengan usaha ini kita akan dapat lihat…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Industri sawit dijangka sumbang nilai eksport RM100 bilion pada 2021 – Zuraida

Industri sawit dijangka menyumbangkan nilai eksport sebanyak RM100 bilion tahun ini berbanding RM73.3 bilion yang dicatatkan pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata prestasi harga minyak sawit yang stabil telah mendorong pendapatan eksport negara yang lebih tinggi. “Industri sawit sebenarnya mampu menyumbang nilai eksport sehingga RM120 bilion pada tahun ini, namun kekurangan tenaga buruh akibat pembekuan pengambilan pekerja asing serta kekurangan pengeluaran sawit menyebabkan kita kekurangan lagi RM20…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MFPC rancang sediakan lebih banyak program untuk sesi literasi kewangan tahun depan

Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC)  bercadang menyediakan  cara untuk menghubungkan sesi literasi dengan urusan perundingan atau konsultasi percuma mengenai sebarang isu kewangan peribadi melalui pengantara kewangan berlesen dan berdaftar untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan audien sasaran, tahun depan. Program MFPC itu akan merangkumi topik mengenai teknologi kewangan (fintech). MFPC juga akan melancarkan program awamnya untuk tahun 2022 bersempena dengan Minggu Wang Global ke-10 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang akan diadakan…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MSC 2.0 akan diperkenalkan bagi menarik lebih banyak pelaburan digital

Kerajaan akan memperkenalkan MSC 2.0 dengan  penjenamaan serba baharu dan akan ditambah baik bagi tujuan menangani jurang digital sedia ada, mendepani cabaran dan kekangan semasa serta meningkatkan tawaran nilai Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan digital ke seluruh negara. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, usaha ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa…

Posted on: 12/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM Ismail Sabri ketuai delegasi Malaysia di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) yang dijadualkan berlangsung jam 7 petang hari ini (Jumaat). Kesemua 21 Pemimpin Ekonomi negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka menyertai mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. Bertemakan ‘Join, Work, Grow, Together,’ (Sertai, Berusaha, Membangun, Bersama), barisan Pemimpin Ekonomi APEC tersebut dijangka membincangkan isu-isu berkaitan usaha…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Stok MSM meningkat 5.97 peratus pada Oktober 2021, jumlah stok minyak sawit pada 1.83 juta tan metrik

Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi bulan Oktober 2021 meningkat 5.97 peratus kepada 986,168 tan metrik daripada 930,654 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Inventori minyak sawit diproses juga naik 2.69 peratus bulan ke bulan kepada 847,935 tan metrik daripada 825,750 tan metrik, kata agensi itu dalam laporan prestasi industri untuk bulan Oktober 2021. “Keseluruhannya, stok minyak sawit mengukuh 4.42 peratus kepada 1.83…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks kos bahan binaan bangunan naik 0.1-2.3 peratus pada Oktober 2021

Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli) meningkat pada Oktober 2021 dengan kenaikan antara 0.1 dan 2.3 peratus di Semenanjung Malaysia. Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata IKB berkenaan turut meningkat di Sabah iaitu antara 0.1 dan 2.1 peratus, dan Sarawak (antara 0.1 dan 1.5 peratus). Harga besi menunjukkan peningkatan pada bulan berkenaan dengan Perak mencatatkan kenaikan tertinggi pada 3.4 peratus, diikuti Sandakan…

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$116.1 bln pada 29 Oktober

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$116.1 bilion pada 29 Oktober, 2021. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata  bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini. Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing ((US$103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$6.1 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset…