Category: Info Pendidikan

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keputusan permohonan eGTukar akan dikeluarkan pada 6 Disember

Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan bagi permohonan eGTukar itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada tarikh berkenaan. “Untuk makluman semua, insya-Allah kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember 2021. Dan ini, insya-Allah akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan…

Posted on: 22/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah di empat negeri dibuka semula hari Isnin mengikut Fasa Empat PPN

Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di empat negeri mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini memberi kelegaan kepada ibu bapa. Rata-rata ibu bapa teruja dengan pembukaan itu berikutan Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah telah memasuki Fasa Empat PPN sejak dua minggu lepas susulan penurunan kes positif COVID-19 yang dilihat sebagai hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).  Bagi pelajar pula, mereka berharap sesi…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.  Kementerian itu memaklumkan jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my bermula semalam.  “Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UNIMY anjur persidangan berkaitan pemahaman teknologi digital

University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY) siap siaga untuk menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa mengenai Sempadan Teknologi Digital Ke Arah Masyarakat Lestari (ICDiTS 2022) pada Januari 2022 bertujuan menyediakan pemahaman dan gambaran menyeluruh mengenai pembangunan teknologi digital yang mesra pada masa akan datang. Naib Canselor UNIMY Profesor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad berkata persidangan itu, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 27 Januari, akan menjemput dua penceramah terkemuka iaitu Pengarah Makmal…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kalendar akademik sesi persekolahan 2022/2023 bermula 21 Mac 2022

Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac  2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023, menurut  Kementerian Pendidikan (KPM). KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan akan berlangsung hingga 11 Mac 2023. “Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 12 Mac 2023,” menurut kenyataan itu.…

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kehadiran murid ke sekolah kekal kaedah penggiliran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan kehadiran murid ke sekolah masih mengekalkan kaedah penggiliran dan tidak dilaksanakan secara berperingkat. Menurut kenyataan KPM, pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian  sekolah secara bersemuka sejak dibuka semula bermula  3 Oktober lalu. Katanya, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian  Sekolah 3.0.  “Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa  pandemik…

Posted on: 07/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik selesai diagih – Radzi

Kementerian Pendidikan (KPM) selesai mengagihkan sejumlah 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik kepada pelajar yang layak menerima di seluruh negara. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata inisiatif itu adalah sumbangan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diselaraskan oleh Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional. Beliau berkata penerima terakhir peranti itu adalah pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Muhammad Harith Irfan…

Posted on: 05/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UTP Malaysia duduki tempat teratas universiti swasta dalam ranking ekonomi memuncul

Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul sebagai universiti swasta terbaik dan kedua terbaik dalam kalangan universiti Malaysia, menurut Times Higher Education (THE) Emerging Economies Rankings 2022. Naib Canselor UTP Profesor Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata universiti berkenaan kini berada pada kedudukan ke-60, melonjak dua anak tangga berbanding kedudukan ke-62 sebelum ini. Katanya UTP berjaya menyerlah dengan memperoleh markah tertinggi dalam penyelidikan di negara ini dan telah meningkat dengan ketara dalam…

Posted on: 05/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

22 universiti tempatan catat peningkatan kedudukan

Penarafan Ranking Universiti Quacquarelli-Symonds (QS) : Asia (QS-AUR) 2022 mendapati 22 universiti di Malaysia menunjukkan peningkatan kedudukan berbanding tahun lepas, empat universiti kekal di kedudukan sama manakala 10 universiti mencatat penurunan. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan antara universiti tempatan mencatat peningkatan kedudukan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Menurut KPT, penarafan QS-AUR…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UiTM di kedudukan ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini berada di kedudukan ke-105 di Asia dalam QS Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam. UiTM menerusi satu kenyataan memaklumkan kedudukan baharu itu meletakkan UiTM dalam 15.5 peratus universiti terbaik di Asia, dan berada di tangga ke-10 daripada 36 universiti dari Malaysia yang mengambil bahagian. “Sepanjang tempoh lebih lima tahun, penarafan UiTM menunjukkan trend peningkatan membanggakan daripada kedudukan 158 pada tahun 2018 kepada pencapaian kedudukan…