Category: Info Sosial

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pameran seni kreatif, teknologi digital di Muzium Telekom hingga Ahad

Orang ramai dialu-alukan melawat Muzium Telekom di Jalan Raja Chulan di sini bagi menyaksikan pameran Traverse Motions Through Time yang bermula hari ini hingga Ahad sempena acara KLWKND di bawah program Art In The City Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pameran yang berlangsung di bangunan warisan berusia 93 tahun itu menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital. “Pameran ini melibatkan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, Universiti…

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengguna digesa beralih ke 4G sebelum rangkaian 3G tamat

Pengguna telefon bimbit atau peranti 3G perlu segera beralih kepada rangkaian 4G sebelum perkhidmatan 3G di Malaysia ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menurut MCMC dalam satu kenyataan hari ini, tindakan itu bagi mengelakkan pengguna terkesan dan ketinggalan dalam gelombang pendigitalan. “Pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G bagi mengelakkan…

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rakyat Malaysia kini boleh teroka Zhejiang di China secara Maya

Keindahan Zhejiang di China kini boleh diakses secara dalam talian oleh rakyat Malaysia selepas pameran maya berkaitan wilayah itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang bermula semalam.  Pameran bertema ‘Panorama Hall of Virtual Exhibition of Zhejiang’ yang berakhir pada 30 Nov ini memberikan gambaran Zhejiang secara keseluruhan daripada lima aspek iaitu landskap, sejarah, warisan budaya tidak ketara, kesenian dan makanan.  Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang Chu Ziyu berkata…

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KTMB bakal perkenal tren khas basikal

Selepas enam tahun Program Ride n Ride dilancarkan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan tren khas koc basikal sahaja dalam masa terdekat sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilaksanakan kerajaan ketika ini. Menurut kenyataan KTMB, tren khusus ini juga selaras dalam usaha bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia terutama para peminat aktiviti berbasikal. Sehubungan itu, operator pengangkutan rel awam tersebut menjalankan kaji selidik selama tiga hari bermula semalam untuk mendapatkan…

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH- 75,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang

SHAH ALAM: Lebih 75,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang di antara 2016 sehingga September lalu menerusi projek Selangor Maritime Gateway (SMG) di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB). Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin, berkata projek SMG adalah inisiatif kerajaan negeri dalam usaha memulihara Sungai Klang sepanjang 56 kilometer sejak 2016 sehingga kini. “Sungai Klang tidak lagi antara sungai paling kotor di dunia di…

Posted on: 22/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Konsep Keluarga Malaysia beri gambaran kestabilan, sumbang kemenangan BN

Mandat yang diberikan oleh pengundi Melaka kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri membuktikan bahawa rakyat secara umumnya mahukan kestabilan politik dalam memastikan kemajuan dan kemakmuran dicapai. Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata konsep Keluarga Malaysia dilihat diterima ramai, sekali gus memberi bayangan akan wujudnya kestabilan dalam negara. “Apa yang berlaku sebelum ini tidak ada kestabilan politik,…

Posted on: 19/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 250,000 rakyat Malaysia berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan menerusi portal, MYFutureJobs

Seramai 253,785 rakyat Malaysia telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan dari tempoh 1 Jan hingga 12 Nov lalu menerusi portal pekerjaan negara – MYFutureJobs, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. Menurut beliau, penempatan itu yang dkendalikan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), membuktikan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat. Ini terutama selepas ribuan pekerja daripada pelbagai sektor termasuk pelancongan dan perhotelan, penerbangan serta pembinaan, terjejas teruk…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Masih ramai keluarga mangsa tidak mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19

Masih ramai keluarga waris mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19 tidak memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim. Beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menerima lebih 6,000 permohonan dan angka itu jauh lebih rendah berbanding hampir 30,000 jumlah kematian direkodkan setakat ini. Menurut Aminuddin pihaknya mendapati terdapat beberapa faktor menyebabkan waris mangsa tidak berbuat demikian dengan satu daripadanya kerana…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 kembali

Program Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021, platform yang membawa pemain industri pelancongan dari rantau Amerika, Eropah dan Oceania (AERO) terlibat dalam sesi antra perniagaan (B2B) kembali tahun ini, selepas terhenti sejak 2014. Edisi Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 anjuran Tourism Malaysia yang diadakan secara maya sepenuhnya bermula hari ini, akan berlangsung sehingga Khamis. Tourism Malaysia dalam kenyataan  berkata 102 pertubuhan dari Malaysia yang merangkumi 50 syarikat pengendali pelancongan, tiga agensi perjalanan dalam…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Veteran, balu veteran ATM terjejas COVID-19 dialu-alukan hubungi JHEV ATM

Mana-mana veteran atau balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan bantuan akibat terjejas susulan COVID-19, dialu-alukan untuk segera hadir atau menghubungi pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata walaupun pihaknya tidak mempunyai statistik jumlah keluarga yang terjejas teruk akibat pandemik itu, mereka yang terkesan boleh menghubungi pihak JHEV ATM sekiranya memerlukan bantuan. “Sebanyak 5,000 daripada 15,000 kotak akan diagihkan ke JHEV ATM Cawangan…