Category: Inisiatif Kerajaan

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan peruntuk RM262 juta bantu peladang terjejas kenaikan harga baja dan racun

Kerajaan memperuntukkan bantuan berjumlah RM262  juta sebagai respons awal bagi membantu peladang  yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, dana RM62  juta akan disalurkan melalui  Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion. Katanya dana RM200 juta pula disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada…

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kad PELADANG-i manfaat hampir 3,000 ahli, melebihi sasaran AKM 100 Hari MAFI

Inisiatif Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG -i) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memanfaatkan 2,877 ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di seluruh negara. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pencapaian tersebut telah melebihi sasaran Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari kementerian iaitu seramai 2,000 peladang.  Beliau berkata inisiatif tersebut merupakan satu program yang akan berterusan biarpun melepasi AKM 100 hari sekali gus menjangkakan lebih 900,000 peladang…

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025 rangka pelaksanaan teknologi maklumat, komunikasi luar bandar

Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) 2021-2025 dilancarkan hari ini  untuk merangka pelaksanaan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi masyarakat di luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM28 juta. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata PSP, yang merangkumi empat teras strategik lima tahun serta disokong oleh 14 strategi dan 78 program pendigitalan, akan dipantau KPLB dari semasa ke semasa agar pelaksanaannya berada pada landasan tepat. “Pelan ini bersifat…

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pas Keluarga Malaysia, galak penggunaan pengangkutan awam

Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15. Beliau berkata perjalanan melibatkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT…

Posted on: 13/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPKT lancar program transformasi pasar malam hujung November

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melancarkan program transformasi pasar malam pada hujung bulan ini, sebagai mekanisme baharu meningkatkan keyakinan rakyat pasca pandemik COVID-19. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia merangkumi saringan kesihatan peniaga dan pelanggan, penjarakan fizikal gerai serta penjual dan pelanggan, laluan sehala, penyeragaman operasi pasar malam, di samping menaik taraf kemudahan asas tapak dan peningkatan imej pasar malam yang akan dilaksanakan secara berfasa. “Jika kita…

Posted on: 12/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelan Induk Waqaf Nasional sedang dirangka

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang menyediakan Pelan Induk Wakaf Nasional, iaitu sebuah pelan holistik untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia. Beliau berkata kerajaan akan terus mengangkat wakaf sebagai agenda nasional memandangkan keupayaan konsep wakaf itu yang mampu melonjakkan ekonomi masyarakat serta negara, dan sehubungan itu juga wakaf telah dijadikan sebahagian daripada kerangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). “Fokus Kelima dan Keenam RMK12 menggariskan peranan kritikal yang…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perkhidmatan 5G kepada rakyat tidak akan membebankan

Pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G kerana kerajaan telah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan telah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna. “Disebabkan itu, kita telah berusaha mencari modul perkhidmatan yang cost-effective dengan model 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration…

Posted on: 07/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KEDA belanja RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), membelanjakan RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial di seluruh negeri itu pada tahun ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu yang lebih tinggi berbanding tahun lepas (hanya RM1.5 juta), disalurkan untuk 77 kategori kerja dengan 67 daripadanya telah siap, manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan. “Antara projek ameniti sosial ini termasuk menaik taraf dan baik pulih longkang, dewan serba guna dan…

Posted on: 05/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Empat pakej baharu Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilancar Sabtu ini

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan empat pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo pada Sabtu di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata Perdana Menteri yang dijadual tiba esok, bagi rangka lawatan ke Sandakan serta Kinabatangan itu akan melancarkan projek lebuh raya berkenaan melibatkan laluan Kinabatangan hingga Telupid. Bung Moktar berkata pelantikan kontraktor bagi pakej WP15, WP28, WP29 serta…

Posted on: 04/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Empat pakej baharu Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilancar Sabtu ini

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan empat pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo pada Sabtu di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata Perdana Menteri yang dijadual tiba esok, bagi rangka lawatan ke Sandakan serta Kinabatangan itu akan melancarkan projek lebuh raya berkenaan melibatkan laluan Kinabatangan hingga Telupid. Bung Moktar berkata pelantikan kontraktor bagi pakej WP15, WP28, WP29 serta…