Category: Keselamatan

Posted on: 24/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hari ini JPJ laksana Ops Sedar, kesan kenderaan tiada insurans

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok hari ini memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor. Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya (SJR) akan dibuat di beberapa lokasi terpilih. “Pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans  akan menimbulkan kesulitan kepada pemilik kenderaan itu sendiri sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan semasa menggunakan kenderaan masing-masing di…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Warganegara asing langgar SOP COVID-19 boleh diusir pulang ke negara asal

Warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. Beliau berkata individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63. “Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen  menasihatkan supaya…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MCMC diarah kaji tindakan lebih proaktif kandungan hina agama, kaum dan Raja

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk melihat semula prosedur operasi standard mereka untuk mengkaji tindakan lebih proaktif yang boleh diambil terhadap pihak yang memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan majlis raja-raja dalam media sosial. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau difahamkan buat masa ini perkara itu sedang dirujuk MCMC kepada pihak Jabatan Peguam Negara. “Ini untuk membolehkan penafsiran yang lebih jelas di bawah perundangan sedia…

Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kes pelantikan talian voltan tinggi melonjak tujuh kali ganda tahun ini

Peningkatan kes pelantikan atau ‘tripping’  talian voltan tinggi susulan kerja-kerja pembinaan berhampiran kawasan rizab talian, membimbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila jumlah kes tersebut melonjak tujuh kali ganda dalam tempoh 10 bulan tahun ini. Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Husaini Husin berkata kes pelantikan disebabkan kerja-kerja pembinaan oleh pemaju dalam ‘rentis’ TNB itu, melonjak kepada lapan kes sehingga Oktober lepas berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat satu kes. “Kami khuatir jika ada lagi pemaju yang…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ESSCom mohon tambah aset perkukuh keselamatan aset perkukuh keselamatan

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memohon kerajaan pusat dan negeri agar meneliti keperluan segera penambahan aset untuk pengukuhan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata penambahan aset berkenaan memberi kemudahan dan peningkatan operasi kawalan di ESSZone yang bersempadanan Indonesia serta Filipina sekali gus mengekang isu jenayah rentas sempadan. “ESSCom ada mengemukakan cadangan keperluan aset kepada kerajaan negeri,  kerajaan pusat seperti radar,…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM berdasarkan Akta 237

Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas perdana menteri disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bagi bekas perdana menteri. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagi mana-mana bekas perdana menteri sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan kedua-dua khidmat itu sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah. Beliau berkata khidmat kedua-dua…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara dijangka dilancarkan 1-2 bulan lagi

BANDUNG-Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara dijangka dilancarkan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelancaran dasar itu akan memperkasakan industri pertahanan negara yang merupakan salah satu fokus utama Kementerian Pertahanan. Ismail Sabri berkata demikian kepada media setelah melawat fasiliti pengeluaran produk ketenteraan dan komersil Indonesia milik PT Pindad, yang terlibat dalam industri pertahanan sejak 1983, di sini, hari ini.  Lawatan itu merupakan aturcara terakhir lawatan rasmi tiga…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ramai jadi mangsa perbuatan menghendap

Badan bukan kerajaan (NGO) menggesa supaya kerajaan segera menyediakan peruntukan undang-undang mengklasifikasikan perbuatan menghendap sebagai kesalahan jenayah. Pegawai Advokasi Kanan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Rusni Tajari, berkata, selagi menghendap tidak diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah, mangsa dan ribuan lagi rakyat di negara ini yang dihendap setiap tahun, kekal tanpa perlindungan. Justeru, katanya sebanyak 51 NGO mendesak kerajaan segera menjadikan perbuatan itu sebagai jenayah melalui memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri di…

Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan akan fokus kepada satu SOP am, sembilan garis panduan

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu prosedur operasi standard (SOP) am bagi COVID-19 yang boleh berkuat kuasa melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta sembilan garis panduan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata SOP am itu adalah berkaitan langkah tetap bagi mengawal penularan seperti memakai pelitup muka, panduan pengudaraan, daftar masuk MySejahtera dan syarat lengkap vaksin. Beliau berkata sembilan garis panduan pula merangkumi aktiviti dalam pelbagai…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Pesara kerajaan Negeri Sembilan diingatkan waspada penipuan dalam talian

Pesara kerajaan diminta sentiasa berhati-hati selepas menerima wang persaraan bagi mengelakkan daripada ditipu dengan pelaburan dan perkongsian perniagaan tidak wujud, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata berdasarkan data yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019 hingga 2020, sebanyak 2,464 kes penipuan direkodkan melibatkan 888 kes pinjaman tidak wujud, pembelian dalam talian (861), Love Scam (236) dan Macau Scam (479). “Pada 2019 sebanyak 1,818 kes penipuan melibatkan rakyat Negeri Sembilan…