Category: Pelancongan

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kg Tradisi, Kg Orang Asli sebagai sebahagian produk pelancongan

Kawasan tarikan pelancong di sekitar Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, boleh diperluaskan dengan memasukkan kampung tradisi dan kampung Orang Asli di bahagian barat kawasan itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu. Menjelaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata kedua-dua kampung berkenaan dilihat berpotensi menjadi produk pelancongan baharu, sekali gus mengimbangi pembangunan yang selama ini tertumpu di kawasan timur, Desaru  yang terkenal dengan kawasan pantai. “Kampung tradisi iaitu…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Harga tiket penerbangan laluan Sabah, Sarawak akan kembali ke paras purata

Harga tiket penerbangan domestik bagi laluan  ke Sabah dan Sarawak akan  kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong. Justeru, beliau berkata kerajaan melalui Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Beliau berkata harga tiket penerbangan yang tinggi itu adalah kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh…

Posted on: 07/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC guna panduan Tourism Malaysia untuk kesediaan pembukaan pelancongan antarabangsa

Data Pengarah Tourism Malaysia di luar negara akan dijadikan panduan dalam mengenal pasti tahap kesediaan negara bagi pembukaan sektor pelancongan antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. “Ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. Nancy semalam mengadakan pertemuan secara maya bersama 33 Pengarah Tourism Malaysia…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keyakinan penumpang untuk melakukan perjalanan meningkat – MAVCOM

Rakyat Malaysia semakin yakin untuk melakukan perjalanan di dalam negara, menurut kaji selidik terkini oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Kaji selidik itu menunjukkan 60 peratus daripada  1,000 pelancong Malaysia memilih untuk melakukan perjalanan dalam negara, antara lainnya berikutan kos perjalanan yang lebih rendah dan risiko pendedahan terhadap COVID-19 yang tinggi apabila melakukan perjalanan ke luar negara sebagai alasan pilihan mereka. Sementara itu, baki 40 peratus daripada  responden  telah menyatakan pilihan untuk…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

Berikut ialah inti pati ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini, dengan tema  :‘Menjana Semula Ekonomi;  Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti;  dan  Melonjakkan Kemampanan’. -Peruntukan pembangunan dianggarkan berjumlah RM400 bilion. – KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5-5.5 peratus setahun dan meningkatkan PNK per kapita kepada RM57,882 pada tahun 2025. – Sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan masing-masing dijangka berkembang…

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 1

21 Februari – RTM Tidak Sabotaj, Hanya Patuhi SOP Siaran Langsung – Gobind

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjelaskan liputan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad lalu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata SOP RTM menyatakan dengan jelas bahawa apabila Perdana Menteri menghadiri sebuah majlis rasmi, maka hanya ucapannya yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM. Justeru, katanya, RTM tidak boleh dipersalahkan kerana…

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 377

Kebebasan media era Malaysia Baharu

Ramai bertanya kandungan artikel saya yang dipilih penerima anugerah utama kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2018, anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI), pada 26 April lalu. Empat artikel saya hantar bertajuk: Warkah untuk Yang Berhormat, Betulkah UMNO parti keramat orang Melayu, Rakyat berhak adili Dr M jika Tommy gagal, BN gagal kesan gelombang tsunami rakyat. Semua artikel ditulis selepas Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang berlangsung pada 9…

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 725

PLUS manfaat teknologi dron pantau kesesakan di lebuh raya

SUBANG: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited memanfaatkan perkembangan teknologi apabila buat pertama kali menggunakan dron bagi memantau kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan ketika musim perayaan ini. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata dron berteknologi tinggi dan memiliki kamera berdefinisi tinggi itu mampu merakam video dengan kualiti yang baik. “Kita memiliki empat dron dilengkapi kamera berdefinisi tinggi yang mampu merakam dan memancarkan video terus ke paparan di Pusat Kawalan…