Category: Polisi

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jiwai semangat Keluarga Malaysia untuk bantu rakyat

Penjawat awam perlu menjiwai aspirasi ‘Keluarga Malaysia’  dalam melaksanakan program yang telah dirancang oleh kerajaan supaya kepentingan dan kemaslahatan rakyat dapat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Dalam sesi webinar Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) hari ini, beliau berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas termasuk kanak-kanak menjadi anak yatim piatu, selain ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) mahupun pelarian…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kajian Akta MCMC dapat tangani kes pelanggaran keselamatan siber melalui undang-undang – Annuar

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu dikaji semula bagi memastikan sebarang pelanggaran keselamatan siber seperti kebocoran data peribadi dapat ditangani secara serius melalui penguatlkuasaan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar, dalam satu kenyataan semalam berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengkaji semula Akta MCMC 1998, dan berharap agar siasatan menyeluruh akan dilakukan atas dakwaan mengenai kebocoran data oleh sesebuah agensi…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia-AS sepakat pastikan momentum hubungan dua hala kekal kukuh – Saifuddin, Blinken

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengadakan perbualan telefon pada khamis malam dan kedua-dua pemimpin berazam untuk memastikan momentum hubungan dua hala terus kekal kukuh.   Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), hubungan dua hala itu merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan dan keselamatan. Saifuddin dan Blinken turut membincangkan pelbagai isu antarabangsa dan serantau, termasuk kerjasama tiga hala Australia-United Kingdom-AS (AUKUS), situasi di Myanmar dan Afghanistan serta Laut…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

Berikut ialah inti pati ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini, dengan tema  :‘Menjana Semula Ekonomi;  Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti;  dan  Melonjakkan Kemampanan’. -Peruntukan pembangunan dianggarkan berjumlah RM400 bilion. – KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5-5.5 peratus setahun dan meningkatkan PNK per kapita kepada RM57,882 pada tahun 2025. – Sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan masing-masing dijangka berkembang…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Peruntukan khas PM sama rata untuk semua Ahli Parlimen mulai September

Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan akan diberi nilai peruntukan yang sama di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tempoh empat bulan terakhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid. Beliau berkata langkah itu selaras dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan transformasi Parlimen.  Semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Mastura berkata Peruntukan…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Rakyat: 16 menteri dijangka gulung perbahasan Titah Diraja hari ini

Seramai 16 menteri dijangka menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja berkaitan kementerian masing-masing pada persidangan Parlimen hari ini, setelah berakhirnya sesi perbahasan semalam yang berlangsung sejak 14 Sept lepas. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Dalam pada itu, isu kajian semula gaji minimum, kes pelanggaran status…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan patuh keputusan mahkamah, tidak buat rayuan Undi 18

Kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengarahkan Putrajaya untuk melaksanakan Undi-18 Sebelum 31 Disember 2021. Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah membuat ketetapan mengenai perkara itu dengan mematuhi perintah mahkamah untuk menurunkan usia minimum pengundi dari 21 ke 18 tahun sebelum tarikh ditetapkan. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-kerajaan-patuh-keputusan-mahkamah-tidak-buat-rayuan-undi-18/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Status pelaksanaan Undi 18 antara fokus Dewan Rakyat hari Selasa

Status pelaksanaan Undi 18 dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk melaksanakannya  antara isu yang bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri. Pada sesi soal jawab lisan itu juga,  Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-  Libaran) meminta Menteri Sains, Teknologi dan inovasi  untuk menyatakan jumlah perbelanjaan…

Posted on: 18/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia suara kegusaran penubuhan AUKUS

Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dikenali sebagai AUKUS yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik. Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata pendirian berkenaan dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Pada masa sama, langkah berkenaan dilihat akan memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan. “Sebagai…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU dengan PH terbit daripada dasar inklusif kerajaan – Annuar

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) terbit daripada dasar inklusif kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhasrat mentadbir negara secara inklusif serta berasaskan semangat Keluarga Malaysia dan melalui dasar itu, tiada sesiapa yang tertinggal termasuk pembangkang. Katanya bertitik tolak daripada itu, maka lahirlah sebuah tawaran kepada PH untuk bekerjasama dan kerajaan…