Category: Teknologi

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksin tempatan bakal dilengkapi sijilan halal JAKIM

Pembangunan vaksin COVID-19 tempatan akan dilengkapi pensijilan halal sebagai nilai tambah, berbanding pelalian sama dihasilkan negara lain. Ini kerana penghasilan vaksin tempatan turut membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, berkata keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin COVID-19 keluaran tempatan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, ia antara lain berkemungkinan…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DPN 2030 percepat adaptasi teknologi sektor pembinaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembinaan Negara 2030 (DPN 2030) yang bertemakan ‘Digitalisasi Sektor Pembinaan’ bertujuan mempercepatkan pengadapatasian teknologi dalam semua proses kerja sebelum, semasa dan selepas pembinaan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sektor pembinaan negara bersedia untuk bergerak seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) melalui teras strategik DPN 2030. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/870563/dpn-2030-percepat-adaptasi-teknologi-sektor-pembinaan Sumber : Berita Harian

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

Berikut ialah inti pati ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini, dengan tema  :‘Menjana Semula Ekonomi;  Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti;  dan  Melonjakkan Kemampanan’. -Peruntukan pembangunan dianggarkan berjumlah RM400 bilion. – KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5-5.5 peratus setahun dan meningkatkan PNK per kapita kepada RM57,882 pada tahun 2025. – Sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan masing-masing dijangka berkembang…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengantin, wali dan saksi perlu jalani saringan COVID-19 sebelum akad nikah di P.Pinang

Bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu sekurang-kurangnya Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri) sebelum menjalani akad nikah, berkuat kuasa hari ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd  Zakuan Zakaria berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai usaha membendung penularan wabak itu. “Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak…

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Mac 2022

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Menurutnya, pelanjutan sesi persekolahan bertujuan memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan. Dalam pada itu beliau berkata, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022. Sehubungan itu juga, ibu bapa diminta memberi perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian. Sumber: Sinar Harian

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MEASAT sasar sedia 300,000 sambungan jalur lebar

MEASAT menyasar untuk menyediakan 300,000 sambungan jalur lebar berkelajuan tingginya, CONNECTme NOW di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Operasinya, Yau Chyong Lim, berkata setakat ini pengendali satelit utama Malaysia itu memasang lebih 2,000 tapak CONNECTme NOW, termasuk 1,183 di Sarawak dan 243 di Sabah, sekali gus menyediakan 200,000 hubungan jalur lebar seluruh negara. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2021/09/861843/measat-sasar-sedia-300000-sambungan-jalur-lebar Sumber: Berita Harian

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 1

Hormat agama, budaya lain – Tuanku Muhriz

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-70 dan Tahun Baharu Cina 2018 di sini, hari ini. Majlis anjuran Ahli Korporat dan Perniagaan, Tan Sri Lim Huah Leong itu turut dihadiri lebih 500 ahli dari 60 Persatuan Cina Negeri Sembilan. Turut berangkat Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan dua putera baginda Tunku Besar…

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 2,480

Bomba tingkatkan penugasan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menghadapi apa saja kemungkinan sepanjang Ops Selamat yang berlangsung sepanjang cuti Aidilfitri. Pengarah JBPM Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah, berkata seramai 558 pegawai dan anggota bomba akan bertugas sepanjang Ops Selamat dari 29 Mei sehingga 12 Jun. “Di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), setiap hari seramai 20 anggota akan ditugaskan masing-masing di Tol Ajil dan Tol Perasing. Malah, setiap balai bomba juga…

Posted on: 29/05/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 899

Former Microsoft CEO Ballmer does about-face on Linux technology

tay focused and remember we design the best WordPress News and Magazine Themes. It’s the ones closest to you that want to see you fail. Another one. It’s important to use cocoa butter. It’s the key to more success, why not live smooth? Why live rough? The key to success is to keep your head above the water, never give up. Watch your back, but more importantly when you get…