Category: Tempatan

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Mangsa banjir di Kedah sedikit meningkat

Mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit peningkatan apabila angka itu bertambah kepada 95 orang daripada 26 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 92 orang daripada 25 keluarga pada pagi semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata kesemua mereka itu berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar. “Di daerah Kota Setar, seramai 42 mangsa…

Posted on: 19/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Banjir, 31 orang di Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Seramai 31 orang daripada enam keluarga di Rantau Panjang dekat Pasir Mas dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak dua hari lepas. Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mereka termasuk seorang warga emas dan 11 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan  (SK) Tok Deh…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- 1,000 anak yatim piatu akibat COVID-19 kini ‘anak angkat’ kerajaan Johor

Nasib 1,000 anak-anak yatim piatu di negeri ini yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 bakal terbela menerusi inisiatif Anak Angkat Makmur Johor, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad. Mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan 2022 negeri, Hasni berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi inisiatif tersebut dalam usaha menyantuni masa depan anak-anak yatim piatu itu, yang bakal diterajui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. “Kerajaan negeri sangat bersimpati dengan rakyat Johor yang…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- [PRN Melaka] 20 November diumum sebagai Hari Kelepasan Am Khas

Kerajaan negeri memutuskan Sabtu ini (20 November) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad berkata penetapan Hari Kelepasan Am Khas itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). “Ia adalah bagi membolehkan rakyatnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pilihan Raya Negeri…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH- DBKL bakal perluas kios 1C1R, pusat pengomposan di PPR, PA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluaskan inisiatif Kios 1C1R (1Komuniti 1 Kitar Semula) dan pusat pengomposan di lebih 60 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), bagi meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan warga kota. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Kios 1C1R merupakan kios statik bagi memudahkan komuniti setempat menghantar barang kitar semula, yang juga boleh ditukar dengan barangan keperluan asas seperti gula dan…

Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK- Infrastruktur digital jadi agenda penting pembangunan negeri

Kerajaan negeri Sarawak pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital menjadi antara agenda penting yang diberi tumpuan dalam konteks pembangunan negeri. Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana pembangunan berkenaan dilihat sebagai faktor utama kejayaan dalam membantu Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030. Beliau berkata atas komitmen itu juga, banyak penekanan mula diberikan terhadap usaha…

Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK- Peruntukan lebih RM8 bilion, pastikan bekalan air capai 100 peratus

Dalam memastikan bekalan air di Sarawak mencapai tahap liputan 100 peratus menjelang 2025, Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti (MOU) telah membuat perancangan terperinci selain menyediakan peruntukan besar untuk menjayakan pelaksanaannya.  Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata kementerian itu telah  memperuntukkan RM8.28 bilion untuk melaksanakan 606 projek pembangunan bekalan air di seluruh negeri ini untuk tempoh 2017 hingga 2021. Katanya pelaksanaan pembangunan projek-projek itu menggunakan dua strategi iaitu Sistem Grid Bekalan…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- [PRN Melaka] 21 Pusat Pengundian Awal ditutup pukul 2 petang

Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) ditutup pada pukul 2 petang ini. Menurut jurucakap Suruhanjaya Plihan Raya (SPR), 21 pusat itu telah digazetkan untuk ditutup pada pukul 2 petang, dan menurutnya setakat pukul 1 tengah hari tadi, 56 peratus pengundi awal telah mengundi setakat 1 petang. Senarai PPA yang ditutup pada pukul 2 petang itu melibatkan 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Bilik Taklimat Balai Polis Kuala Sungai Baru di…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- 1,377 stesen pemancar di Kedah dinaik taraf teknologi 4G

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa sebanyak 1,377 stesen pemancar di struktur komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) setakat September lepas. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah Romani Wan Salin berkata jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 1,612 stesen pemancar sedia ada yang akan dinaik taraf di negeri ini. Selain…

Posted on: 16/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- [PRN Melaka] Proses undi awal berjalan lancar, 39 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Proses pengundian awal di beberapa Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula pukul 8 pagi tadi berjalan lancar. Tinjauan Bernama mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan dua saluran PPA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Ayer Keroh selain khemah khas tempat mengundi untuk pengundi yang mempunyai gejala COVID-19. Menurut SPR, setakat 11 pagi ini peratusan yang keluar mengundi mencecah 39 peratus. Pengundi yang hadir diminta mengimbas…