Category: Tempatan

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-14 hari ini

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat. Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah. Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah akan dibuka dengan sistem penggiliran bermula 3 Oktober

Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka. Kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri di bawah Fasa 3 dan 4 manakala negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-penggiliran-bermula-3-Oktober Sumber: Sinar Harian/Berita RTM

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rumah Prihatin sedia jadi PPV golongan remaja

Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata ia bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melipatgandakan atau menyegerakan program vaksinasi kepada remaja. Berita selanjutnya:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rumah-prihatin-sedia-jadi-ppv-golongan-remaja-319345 Sumber:Astro Awani

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Derma darah tujuh hari selepas vaksinasi jika tiada kesan sampingan

Pusat Darah Negara (PDN) meminta agar orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan. Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, individu yang menghadapi kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin, dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/161058/KHAS/Covid-19/Derma-darah-tujuh-hari-selepas-vaksinasi-jika-tiada-kesan-sampingan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Wabak Polio diisytihar tamat di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengesahkan wabak Polio di Malaysia diisytihar tamat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata,perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura dalam perutusan rasminya kepada KKM pada 10 September lalu. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160873/BERITA/Nasional/Wabak-Polio-diisytihar-tamat-di-Malaysia Sumber: Sinar Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19 | Kes Meningkat, KKM Gerakkan 200 Petugas Dari Negeri Lain Bantu Pulau Pinang

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggerakkan seramai 200 kakitangan barisan hadapan dari negeri lain untuk membantu Pulau Pinang berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri tersebut. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, petugas hadapan termasuk pembantu perubatan serta jururawat. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Komtar. Sementara itu, Khairy turut mengumumkan lantikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sebagai penyelaras antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang…

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bimbang Covid-19: Tak hantar anak ke sekolah tidak dianggap kesalahan

Ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman Covid-19, tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran dikeluarkan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Menurutnya, murid juga dibenarkan hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam namun pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160999/BERITA/Nasional/Bimbang-Covid-19-Tak-hantar-anak-ke-sekolah-tidak-dianggap-kesalahan Sumber: Sinar Harian/Berita RTM

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah akan dibuka dengan sistem giliran

Sesi persekolahan akan dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan. Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan komponen tertentu dalam sektor pendidikan yang boleh dibuka dan tidak boleh dibuka. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-giliran Sumber: Sinar Harian