Tag: Annuar Musa

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perkhidmatan 5G kepada rakyat tidak akan membebankan

Pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G kerana kerajaan telah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan telah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna. “Disebabkan itu, kita telah berusaha mencari modul perkhidmatan yang cost-effective dengan model 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM lancar rangkaian 5G pertama hari ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama hari ini, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkatperingkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus liputan di seluruh negara. “Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor,…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Persefahaman G2G perlu, buka pasaran filem negara lebih luas – Annuar

Terdapat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) agar pasaran industri perfileman negara dapat dibuka dengan lebih luas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata ini bagi membolehkan filem dan produk industri ini dapat menembusi negara luar. “Filem luar masuk dengan mudah ke negara kita, misalnya dari China. Tapi banyak negara lain kalau filem kita nak masuk ke sana, hatta negara jiran kita sekali pun tidak mudah…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Portal The Jalinan Digital Negara, platform untuk masyarakat buat aduan liputan dan kelajuan telekomunikasi

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya juga telah mewujudkan portal The Jalinan Digital Negara (JENDELA) Map, sebagai platform kepada masyarakat untuk membuat aduan berkaitan liputan, kelajuan telekomunikasi dan sebagainya. “Untuk mendapatkan maklumat yang cepat di kawasan mana yang terkesan dengan rangkaian jalur lebar, kita telah menwujudkan portal JENDELA Map di manaMCMC akan melakukan pemantauan setiap hari untuk membuat tindakan susulan melawat dan membaiki. “Selain itu kita…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Syarikat telekomunikasi: Denda jika gagal sedia perkhidmatan seperti dijanjikan

Syarikat telekomunikasi akan dikenakan denda sekiranya gagal menyediakan perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai peruntukan, di mana setiap syarikat telekomunikasi perlu melaksanakan standard-standard minima yang telah ditetapkan. Katanya sekiranya tidak melepasi standard minima yang telah ditetapkan, MCMC diberikan kuasa untuk memberikan peringatan kepada syarikat berkenaan, termasuk mengenakan denda kewangan. “MCMC diberikan…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengguna ada alternatif bayar bil Astro tanpa caj perkhidmatan

Bermula 1 September lepas Pos Malaysia Bhd mengenakan caj 50 sen bagi pengguna yang membuat pembayaran bil Astro di kaunter mereka, dan ia merupakan persetujuan secara komersial (commercial arrangement) antara dua syarikat berkenaan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pengguna perkhidmatan penyiaran Astro mempunyai pilihan untuk membayar bil tanpa dikenakan caj perkhidmatan, antaranya menerusi kaedah auto debit yang memerlukan pelanggan mendaftar di portal layan diri atau di pusat…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Masyarakat perlu terus hargai kanak-kanak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menyeru masyarakat supaya  terus menghargai kanak-kanak kerana mereka adalah pewaris negara, agama dan bangsa. Annuar menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata anak-anak merupakan amanah dan anugerah Allah SWT yang terindah dan amat berharga. “Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021,” katanya. Dalam poster yang turut dimuat naik beliau berkata: “Kitalah yang mencorak kehidupan anak-anak kita”. Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021 yang disambut hari…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JENDELA berjalan mengikut jadual

Pelaksanaan projek di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjalan mengikut jadual dan semua skop kerja yang dilaksanakan melepasi sasaran yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pencapaian itu dimaklumkan dalam laporan suku tahun ketiga JENDELA oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan kesemua syarikat telekomunikasi dalam mesyuarat penggal ketiga Jawatankuasa Pemandu bagi pelaksanaan pelan JENDELA semalam. “Saya berpuas hati kerana pencapaian dalam semua…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Arahan kerja pembinaan menara telekomunikasi di bawah JENDELA 1 dikeluarkan bulan ini – Annuar

Arahan kerja akan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang dilantik untuk memulakan kerja-kerja fizikal pembinaan  menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 1, bulan ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengakui pelaksanaan JENDELA 1 telah agak tertangguh walaupun tender-tender telah dikeluarkan seawal Mac lepas. “Matlamat kita untuk pastikan menjelang akhir tahun ini kemudahan 3G akan ditutup untuk kita bertukar kepada perkhidmatan berasaskan 4G. “Untuk itu berlaku, kita ingin…