Tag: BAJET 2022

Posted on: 04/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tengku Zafrul: Pemulihan ekonomi berada di landasan betul melalui Bajet 2022

Malaysia berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi  menjelang 2022 menerusi belanjawan pengembangan yang diumumkan Jumaat lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini. Beliau ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Bloomberg hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengurangkan kerencatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi kepada trajektori jangka sederhana.  “Tidak sewajarnya kita berhenti terlalu awal, kita mahu memastikan bahawa kesan ekonomi…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 utamakan kebajikan rakyat – Ismail Sabri

Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lepas mengutamakan kebajikan rakyat yang teruk terjejas berikutan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan kerajaan membentangkan bajet  berjumlah RM332.1 bilion itu dilakukan selepas mengambil kira semua keadaan termasuk kedudukan kewangan negara. “Saya telah beritahu sewaktu pra-bajet bahawa bajet ini mengambil kira semua dan kebajikan rakyat adalah amat penting, rakyat telah susah selama setahun dua ini akibat pandemik, ada yang…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dana besar bangunkan ekosistem pendidikan

Peruntukan lebih besar untuk pendidikan dalam Bajet 2022 membuktikan kerajaan prihatin membina ekosistem pendidikan yang kondusif. Presiden Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata Bajet 2022 sebanyak RM52.6 billion meningkat RM2.2 billion, berbanding RM50.4 billion tahun ini. Beliau berkata, dana yang besar dapat membina ekosistem pendidikan yang berkesan dan selamat, demi memacu masa depan pendidikan negara dengan lebih hebat. Katanya, peruntukan itu bersifat prihatin dan mengutamakan…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: Pendidikan berkualiti untuk semua

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menyambut baik dan amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan tinggi negara terutama dalam menyalurkan dana bagi mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’, KPT telah diperuntukkan sebanyak RM14.5 bilion, meliputi  perbelanjaan mengurus berjumlah RM11.5 bilion dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM3 bilion. Sesungguhnya, peruntukan ini dapat membantu KPT dan agensi di bawah KPT bagi melaksanakan program-program…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: Kerajaan fahami permasalahan semua lapisan rakyat – MoF

Kerajaan memahami permasalahan yang dialami setiap lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan bujang justeru, manfaat kepada mereka tetap diambil kira menerusi Bajet 2022. Timbalan Ketua Ekonomi, Kementerian Kewangan (MoF), Dr Nirwan Noh berkata walaupun ketika pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lepas kurang menyebut mengenai manfaat secara khusus berkaitan belia dan bujang, namun prinsip tiada yang terpinggir tetap dipegang MoF. “Sebenarnya MoF, bagi bajet pada kali ini, kita cuba ringkaskan ucapan…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 mula dibahas di Dewan Rakyat hari ini

Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, mula dibahas oleh Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Sesi perbahasan dijadual dimulakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan mengikut kebiasaan pembahas kedua adalah daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).  Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, Bajet 2022 dijadual dibahas  di peringkat dasar selama tujuh hari dan akan digulung…

Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini. Perdana Menteri turut berharap  hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan.  “#Bajet2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook…

Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati ekonomi bagi Bajet 2022

Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. >Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini >Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada 2022. >Sebanyak RM233.5 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID19. >RM2 bilion…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jom teka WARNA baju Menteri Kewangan sempena Bajet 2022 hari ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak rakyat Malaysia meneka warna baju yang akan dipakai oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sempena Pembentangan Bajet 2022 secara langsung di Parlimen, petang hari ini. Menerusi pengumuman rasmi di Facebook rasmi RTM-Radio Televisyen Malaysia, individu yang berjaya meneka bakal menerima hadiah misteri daripada RTM. “Nak menang hadiah misteri daripada RTM. ” Hari ini, 29 Oktober 2021 Bajet 2022 disiarkan secara…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022

Walaupun Malaysia berada di peringkat akhir strategi 6R (ketegasan, berdaya tahan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula) untuk keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada fasa endemik, semua mata akan tertumpu pada Bajet 2022 dan manfaat yang ditawarkannya. Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik. Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk…