Tag: budaya

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar kebudayaan negara julang usaha martabat seni, budaya dan warisan – PM

Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN 2021)  yang dilancar semalam akan dijadikan panduan dan rujukan dalam merencana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata inisiatif menggubal DAKEN 2021 juga seiring dengan usaha menjadikan sektor seni, budaya dan warisan negara  sebagai pemangkin sosioekonomi Keluarga Malaysia.  Beliau berkata dasar berkenaan menggariskan hala tuju Malaysia menjadi ‘Negara Maju Rakyat Berbudaya’ yang digubal berlandaskan lima prinsip Keluarga Malaysia…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tampilkan warna-warni seni budaya Sarawak

Pelancaran “Keluarga Malaysia” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menampilkan persembahan penuh warna-warni dengan tema kesenian serta kebudayaan negeri Sarawak. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini itu dimulai dengan persembahan Muzik Tenunan Tanoti diikuti Muzikal Tari Sape Kue serta persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak. Selain itu, hadirin turut dipersembahkan dengan aneka  lagu patriotik dan nyanyian Lagu Keluarga Malaysia oleh artis jemputan seperti…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kesiapsiagaan hadapi bencana penting diterap sebagai budaya keluarga Malaysia

Kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana penting  untuk diterapkan kepada masyarakat sehingga ia menjadi sebagai satu budaya Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata kejadian bencana yang hadir dalam pelbagai bentuk dan semakin kerap berlaku mewajarkan untuk masyarakat sentiasa bersiap sedia.  Katanya budaya kesiapsiagaan bukan hanya amalan pada Oktober bersempena sambutan Bulan Kesiapsiagaan Negara (BKN) sahaja tetapi perlu menjadi norma berterusan sehingga dapat mencapai…