Tag: COVID-19

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

LABUAN- Tiga kluster aktif merebak

Dua daripada tiga kluster aktif COVID-19 di Labuan didapati merebak lebih cepat dan menyebabkan lebih banyak jangkitan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. Beliau berkata dua kluster itu ialah kluster Bukit Kuda dan Jalan Jati yang masing-masing dikesan pada 18 dan 21 Nov lepas. Dr Ismuni berkata kluster Bukit Kuda muncul berikutan sebuah keluarga di sini mengadakan majlis pertunangan yang dihadiri saudara-mara dari tanah besar. “Kluster itu merebak…

Posted on: 25/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Kebersamaan penduduk tangani pandemik julang nama Kg Talang Hulu

Permuafakatan antara penduduk  Kampung Talang Hulu dalam menguruskan pandemik COVID-19 telah menobatkan kampung itu sebagai pemenang pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 Kategori Luar Bandar (Kampung Tradisional) bagi negeri Perak baru-baru ini. Kemenangan itu antara lain melayakkan kampung itu mendapat hadiah RM50,000 dalam bentuk projek bagi melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut. Hadiah disampaikan  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pegawai Daerah Kuala Kangsar Tuan Zulhisham Ahmad Shukori dalam Program…

Posted on: 18/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- 1,000 anak yatim piatu akibat COVID-19 kini ‘anak angkat’ kerajaan Johor

Nasib 1,000 anak-anak yatim piatu di negeri ini yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 bakal terbela menerusi inisiatif Anak Angkat Makmur Johor, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad. Mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan 2022 negeri, Hasni berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi inisiatif tersebut dalam usaha menyantuni masa depan anak-anak yatim piatu itu, yang bakal diterajui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. “Kerajaan negeri sangat bersimpati dengan rakyat Johor yang…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Undi 18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19

Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih. “Apabila perlembagaan dipinda pada 2019, jangka masa untuk pelaksanaan di…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN labuhkan tirai sidang kemuncak dengan tekad bangkit lebih gagah atasi pandemik

Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirainya pada Khamis menyaksikan negara anggota bertekad untuk kembali bangkit lebih gagah menentang pandemik COVID-19. Sidang yang dipengerusikan Brunei Selasa, pelbagai siri mesyuarat memperlihatkan para pemimpin ASEAN memanfaatkan platform berkenaan untuk menyatakan kebimbangan  terhadap isu berkaitan pandemik COVID-19. Pemimpin ASEAN juga menyuarakan mengenai kesan buruk pandemik terhadap masyarakat dan ekonomi di rantau ini dan meneroka kerangka kerja pemulihan yang merangkumi pembukaan sempadan…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022

Walaupun Malaysia berada di peringkat akhir strategi 6R (ketegasan, berdaya tahan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula) untuk keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada fasa endemik, semua mata akan tertumpu pada Bajet 2022 dan manfaat yang ditawarkannya. Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik. Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar kematian akibat TB meningkat kesan kemunculan COVID-19

Kadar kematian akibat Tuberkulosis (TB – penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan. Menurutnya semasa langkah-langkah bagi  membendung wabak itu mengalihkan sumber dan memberi kesan kepada perkhidmatan…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Kelebihan memanjangkan penggal persekolahan

Oleh Prof Madya Dr Zahari Ishak (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) PENGUMUMAN yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bahawa sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan sehingga penghujung Februari 2022 menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Keputusan sepenting ini sudah pasti mengambil kira banyak perkara serta rundingan dengan pelbagai pihak terutama membabitkan keselamatan dan kesihatan murid. Kemasukan sesi persekolahan sesi Mac 2022 ini sebenarnya…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

94.6 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang. Menurut data Kementerian Kesihatan  (KKM) menerusi portal  COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau  22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291…

Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan

Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri. Kerajaan telah mengumumkan aktiviti rentas negeri tanpa memohon kebenaran polis bermula 11 Oktober lepas dengan syarat telah lengkap menerima dua dos vaksinasi. Beliau berkata sekiranya bergejala, adalah seeloknya ditangguhkan dahulu perjalanan kerana tindakan ini tidak dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan…