Tag: Datuk Seri Ismail Sabri

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM adakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Bogor hari ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia dijadual diberikan sambutan rasmi di Istana di Bogor, kira-kira 60 kilometer (km) dari Jakarta pada tengah hari ini. Perdana Menteri dalam kemas kini Twitternya berkata: “Saya akan mengadakan pertemuan dengan (Presiden Indonesia) Bapak (Joko Widodo) Jokowi untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia. “Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas…

Posted on: 08/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebagai sebuah keluarga

Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain.  “Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.  (Bermakna) Bukan lagi…

Posted on: 04/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kesatuan dalam perbezaan, kehebatan sebenar Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Kesatuan dalam perbezaan adalah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Merujuk suasana perayaan Deepavali yang disambut penganut beragama Hindu hari ini, beliau berkata rakyat berbilang bangsa bersama-sama meraikannya dengan penuh harmoni. “Seronok melihat tetamu-tetamu yang berbilang bangsa sama-sama meraikan perayaan ini dengan penuh harmoni. “Mungkin di negara lain suasana seperti ini sukar dilihat. Namun ini adalah perkara biasa di Malaysia. Kesatuan dalam perbezaan, itulah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia,” menurutnya dalam…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 utamakan kebajikan rakyat – Ismail Sabri

Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lepas mengutamakan kebajikan rakyat yang teruk terjejas berikutan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan kerajaan membentangkan bajet  berjumlah RM332.1 bilion itu dilakukan selepas mengambil kira semua keadaan termasuk kedudukan kewangan negara. “Saya telah beritahu sewaktu pra-bajet bahawa bajet ini mengambil kira semua dan kebajikan rakyat adalah amat penting, rakyat telah susah selama setahun dua ini akibat pandemik, ada yang…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM Ismail Sabri nasihati Keluarga Malaysia patuh SOP dalam kemeriahan Deepavali

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menasihati Keluarga Malaysia yang bakal menyambut Deepavali pada Khamis ini supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP). Beliau berkata dalam kemeriahan menyambut perayaan itu mereka perlu terus berhati-hati dan menjaga kesihatan. “Kepada seluruh masyarakat kaum Hindu di seluruh negara, saya ucapkan selamat menyambut Hari Deepavali,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Little India, di sini semalam. Turut hadir Menteri Sumber…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khidmat pakar penyelidik vaksin di universiti yang tamat tempoh disambung secara kontrak

Kerajaan bersetuju menyambung secara automatik khidmat pakar penyelidik berkaitan vaksin di universiti yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada usia 60 tahun selama lima tahun secara kontrak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan berkuat kuasa serta merta itu bagi memastikan pakar-pakar berkaitan yang masih menjalankan penyelidikan berkaitan vaksin terutamanya melibatkan subjek yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa dapat meneruskan dan menghabiskan penyelidikan mereka. “Jadi tidak ada lagi soal tidak terjamin dari segi tugas yang…

Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: PM zahir penghargaan kepada Keluarga Malaysia atas idea, pandangan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini. Perdana Menteri turut berharap  hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan.  “#Bajet2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan. Sebagai permulaan, beliau berkata kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut, yang akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan sebagai tanda sokongan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasi serta matlamat penubuhannya tercapai. “Badan ini akan berkolaborasi dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi (IPT)…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Transkrip wawancara Bajet 2022 bersama YAB Perdana Menteri

SOALAN: Ini merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan ketika negara masih berdepan cabaran pandemik COVID-19. Dengan konsep Keluarga Malaysia yang Datuk Seri perkenalkan, rakyat tertunggu-tunggu apakah bentuk Bajet 2022. Apa yang Datuk Seri dan kerajaan fikirkan ketika merangka Bajet 2022 dan apa yang ingin dicapai dengan belanjawan ini.  JAWAPAN: Dalam merangka Bajet 2022, kerajaan sentiasa meletakkan Keluarga Malaysia sebagai keutamaan. Oleh itu, persediaan Bajet 2022 mengambil pendekatan senegara atau “whole-of-nation”, dan berteraskan…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang

ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketika berucap pada EAS ke-16, beliau berkata kerangka keselamatan kesihatan global yang baharu perlu dibina, suatu yang berasaskan komitmen bersama,tanggungjawab secara kolektif, telus dan kebertanggungjawaban . “Berdasarkan keadaan yang sedang kita alami, kita perlu melihat semula aturan antarabangsa,” katanya. Sidang…