Tag: Dewan Rakyat

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu Rohingya, langkah kurangkan pembaziran wang kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Kerjasama Malaysia dengan negara ASEAN dalam menyelesaikan isu Rohingya dan langkah kerajaan mengurangkan ketirisan serta pembaziran kewangan negara, antara topik yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, soalan mengenai usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu Rohingya dan isu penempatan pelarian Rohingya akan diajukan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) kepada Menteri Luar Negeri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Datuk…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 November

Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu mengenai pewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu badan bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, perkara berkenaan dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Azalina Othman Said (BNPengerang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai progres terkini usaha kerajaan terhadap akta itu. Pada…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 mula dibahas di Dewan Rakyat hari ini

Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, mula dibahas oleh Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Sesi perbahasan dijadual dimulakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan mengikut kebiasaan pembahas kedua adalah daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).  Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, Bajet 2022 dijadual dibahas  di peringkat dasar selama tujuh hari dan akan digulung…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengguna ada alternatif bayar bil Astro tanpa caj perkhidmatan

Bermula 1 September lepas Pos Malaysia Bhd mengenakan caj 50 sen bagi pengguna yang membuat pembayaran bil Astro di kaunter mereka, dan ia merupakan persetujuan secara komersial (commercial arrangement) antara dua syarikat berkenaan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pengguna perkhidmatan penyiaran Astro mempunyai pilihan untuk membayar bil tanpa dikenakan caj perkhidmatan, antaranya menerusi kaedah auto debit yang memerlukan pelanggan mendaftar di portal layan diri atau di pusat…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Caj tambahan 50 sen bil Astro tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini bakal membincangkan mengenai caj 50 sen dikenakan sebagai komisen oleh pejabat pos kepada pelanggan yang membayar bil Astro secara manual di premis berkenaan. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.  Pada sesi sama juga, Mordi Bimol (PH-Mas Gading) dijadual mengajukan soalan mengenai usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM masih teliti vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19 bagi meneliti kesesuaian untuk pemberian vaksin itu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas golongan itu berdasarkan bukti saintifik melalui kajian klinikal serta data sebenar di peringkat dunia. “Setakat ini,…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perbahasan mengungkai ordinan darurat antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021. Sementara itu, sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiga Rang Undang-Undang dijangka dibentang Dewan Rakyat hari ini

Berbaki dua hari lagi penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga Rang UndangUndang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, dua lagi adalah Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021. Bagi waktu pertanyaan jawab lisan pula, Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) meminta Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah individu hilang pekerjaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Jumlah individu yang kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Su turut bertanya mengenai langkah kerajaan dalam membantu golongan yang hilang pekerjaan, terutamanya sektor pelancongan, hotel dan industri makanan dan minuman…