Tag: dibenarkan

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Jambatan Kedua alternatif elak kesesakan trafik ke P.Pinang

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini menasihati orang ramai yang hendak menyeberang ke bahagian pulau, Pulau Pinang agar menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) bagi mengelakkan kesesakan trafik. JKSB selaku pemegang konsesi JSAHMS dalam satu kenyataan memaklumkan JKSB telah bersedia dari segi operasi dengan menyediakan lapan lorong tol yang merangkumi perkhidmatan SmartTag, Touch N Go dan RFID bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan para pengguna dengan kadar tol hanya…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid dan surau mulai 15 Oktober

Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini. Menurut kenyataan itu,…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Kanak-kanak dibenarkan masuk premis perniagaan

Kerajaan negeri Sabah membenarkan kanak-kanak dan remaja bawah 12 tahun untuk makan di premis (dine-in) dan masuki premis perniagaan, ditemani ibu bapa yang telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19, berkuat kuasa, hari ini. Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, telah memperincikan beberapa syarat dan ketetapan tertentu bagi perkara itu. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/10/875173/sabah-benarkan-kanak-kanak-masuk-premis-perniagaan Sumber : Berita Harian

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kandungan kreatif tidak langgar prinsip Rukun Negara dibenarkan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sentiasa memantau kandungan yang disiarkan di televisyen, dengan penulisan kreatif yang membawa mesej umum serta tidak melanggar prinsip Rukun Negara adalah dibenarkan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penulisan kreatif sememangnya menggunakan sifat-sifat tertentu bagi menyampaikan sesuatu mesej.  “Dalam masyarakat kita memang banyak jenis gelaran, ada cikgu, ada ustaz, ustazah, tok imam, tok guru, yang berhormat, yang amat berhormat, datuk, datuk seri, datin,…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rentas negeri: PM ingatkan Keluarga Malaysia terus amalkan norma baharu, patuh SOP

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka. Menerusi catatan di laman Facebook rasminya malam ini, beliau berkata ini kerana pandemik COVID-19 masih berada di sekitar kita. “Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu ‘Balik Kampung’ tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rentas negeri : Aliran trafik lancar walaupun kenderaan bertambah

Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan walaupun rentas negeri dibenarkan bermula tengah malam ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim ketika dihubungi Bernama berkata setakat malam ini tiada jangkaan trafik yang luar biasa. “Orang ramai juga dingatkan jangan terlalu ghairah untuk melakukan pergerakan rentas negeri kerana negara  masih berdepan dengan pandemik…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penghargaan kepada barisan hadapan, tanggungjawab kini kepada rakyat – Khairy

Pengumuman kerajaan yang membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok adalah satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tanggungjawab kini terletak kepada rakyat Malaysia kerana walaupun rentas negeri dibenarkan, mereka perlu sentiasa mematuhi semua tindakan kesihatan awam dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang masih berkuat kuasa. “Jika anda benar-benar menghargai apa yang telah dilakukan oleh petugas barisan…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Individu lengkap vaksin dibenar rentas negeri mulai esok – PM Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju membenarkan individu  yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.  “Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya. “Saya merakamkan setinggi-tinggi…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau Terengganu dibenarkan

Bermula hari ini, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Terengganu dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan kerajaan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Osman Muda berkata kebenaran itu diberi selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau berkata kebenaran itu diberi susulan peralihan Terengganu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 Sept lepas.…