Tag: Duta China

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia panggil duta bantah pencerobohan kapal-kapal China di perairan negara

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah memanggil Duta Besar China semalam (Isnin) untuk menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keberadaan dan aktiviti kapal-kapal China, termasuk kapal penyelidikan, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra lewat malam tadi, keberadaan dan aktiviti kapal-kapal itu adalah bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (KUUL)…