Tag: Hamzah Zainuddin

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan masih teliti jumlah pekerja asing bagi sektor yang memerlukan

Kerajaan masih meneliti mengenai jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi sektor-sektor dibenar menggaji pekerja berkenaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kementerian dan agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan analisis terperinci mengenai perkara itu. “Ini bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategik dalam mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan ketika negara masih berusaha memerangi COVID-19,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Steven…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KDN teliti laporan polis terhadap golongan antivaksin sebelum ambil tindakan

Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan. Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata pihaknya sedang mengenal pasti seksyen dan akta bersesuaian yang boleh dikuatkuasakan terhadap golongan itu. “Kalau kita tengok dia ada langgar sesuatu maka kita akan ambil tindakan dan sebagai seorang menteri yang jaga undang-undang yang ada, kita akan tengok dulu laporan polis yang diberikan kepada kita dalam seksyen mana,…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiada diskriminasi kaum isu tahanan mati dalam lokap – Hamzah

Tiada sebarang diskriminasi kaum terhadap individu yang mati di dalam lokap ketika berada dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata perkara itu dapat dibuktikan dengan peratusan kematian dalam lokap adalah kecil iaitu 0.015 peratus kematian daripada 63,773 tahanan yang didaftarkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini atau 10 kematian. Peratusan bagi tahun lepas juga rendah iaitu 0.014 peratus atau 13 kematian…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JPN sahkan tidak berlaku sebarang kebocoran data maklumat – Hamzah

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata ini kerana sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi. “Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin. “Jadi jangan bimbang tentang data-data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Akta Penagih Dadah 1983 bakal dipinda bagi lonjak indeks kepulihan

Kementerian Dalam Negeri sedia menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dianggap agak lama serta perlu disesuaikan situasi semasa. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bakal digantikan undang-undang baharu dikenali Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan). Beliau berkata,  kementerian tersebut dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah pun menyediakan draf rang undang-undang tersebut untuk dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/akta-penagih-dadah-1983-bakal-dipinda-bagi-lonjak-indeks-kepulihan/ Sumber: Utusan…