Tag: Harga ayam

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

VIDEO: Industri setuju turun harga, kerajaan teliti cadangan stabilkan harga ayam

Pihak industri telah bersetuju menurunkan lagi harga ayam pada peringkat pengeluar serta ladang, supaya harga pada peringkat borong dan runcit dapat distabilkan dan membantu pengguna menikmati harga ayam yang berpatutan.  Perkara itu dimaklumkan dalam  kenyataan bersama dikeluarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi  dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, hari ini. Menurut kenyataan itu, dalam mesyuarat antara kedua-dua kementerian itu semalam, kerajaan juga bersetuju…

Posted on: 18/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoF akan perhalusi kaedah terbaik stabilkan harga ayam

Kementerian Kewangan (MOF) akan memperhalusi kaedah menstabilkan harga ayam yang kini sedang meningkat naik agar ia dapat memberikan impak terbaik kepada pengguna dan penternak ayam di seluruh negara. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha itu akan dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). “Kerajaan sedar akan isu harga ayam yang meningkat naik, bagaimanapun segala keputusan dibuat perlu…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pendekatan baharu tangani isu harga ayam

Satu pendekatan baharu dilaksanakan bagi menangani isu kenaikan harga ayam dengan membabitkan pengeluaran surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus bersama pengeluar dan penternak ayam di lokasi atau lokaliti berlakunya kenaikan harga. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pendekatan itu membolehkan peniaga menyemak harga barang dan kos belian bagi mendapatkan margin untung yang lebih munasabah. “Pendekatan ini…

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPDNHEP cadang pelaksanaan subsidi harga ayam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluarkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862578/kpdnhep-cadang-pelaksanaan-subsidi-harga-ayam Sumber: Berita Harian