Tag: Hishammuddin

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan- Hishammuddin

Warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diingatkan agar tidak mengulangi perbuatan jenayah sepertimana yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyifatkan perbuatan ke atas Zulfarhan Osman itu sebagai keji. “Kematian Allahyarham Zulfarhan (Osman) empat tahun lalu amat mendukacitakan, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, saya telah arah Akademi…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemeriksaan rawak masih dilakukan ke atas pergerakan rentas negeri – Hishammuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP)  akan meneruskan pemantauan terhadap pergerakan rentas negeri termasuk membuat pemeriksaan rawak di jalan-jalan utama, lebuh raya pada hujung minggu, hari cuti umum dan perayaan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan itu perlu memandangkan kebenaran rentas negeri itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi. “Ini termasuklah pemeriksaan rawak di bawah Akta…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Australia perlu mendekati Brunei berkenaan AUKUS – Hishammuddin

Selain mendekati Malaysia bagi kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS), Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan Australia untuk menyantuni Brunei yang merupakan pengerusi ASEAN. Menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawat dari Australia, Peter Dutton, dua hari lalu, Hishammuddin berkata adalah penting untuk Australia turut mendekati negara-negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) serta negara yang dekat dengan China bagi mendapatkan pandangan mereka. Selain itu, ia bagi membolehkan pengumuman AUKUS…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Pertahanan bantu kelancaran pembukaan sekolah – Hishammuddin

Kementerian Pertahanan akan memberi bantuan dan bekerjasama bagi memastikan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober ini berjalan lancar termasuk di semua sekolah dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu membabitkan konteks persiapan sebelum pembukaan sekolah seperti susun atur bilik darjah, melancarkan pemberian vaksin kepada murid dan pelajar,  menyediakan kit ujian COVID-19 serta memperkasa pusat tuisyen dalam…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Kerajaan sedang perkemas SOP, daripada 181 kepada 10 sahaja – Hishammuddin

Kerajaan sedang berusaha memperkemas prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 sedia ada supaya lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kerajaan bermatlamat mengurangkannya kepada 10 SOP sahaja. “Langkah memperkemas SOP  yang telah diguna pakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited…