Tag: hkhm 2021

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU kerajaan, PH perkasa negara tempuh pelbagai cabaran – Annuar Musa

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) akan memperkasa negara dalam menempuh pelbagai cabaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui MoU itu, tumpuan akan dapat dilakukan terhadap segala usaha ke arah memperkasa dan memenangi perang melawan COVID-19, melakukan transformasi pentadbiran serta pembaharuan parlimen. “Inisiatif besar itu terbit daripada sifat dan kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang sentiasa…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MA63: Kerajaan berjanji beri perhatian isu kepentingan Sabah, Sarawak – Ismail Sabri

Kerajaan  melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjanji memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperhalusi perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikannya, dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak, serta lapan Menteri Persekutuan. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM pastikan penduduk pedalaman Sabah peroleh akses internet – Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah, mempunyai akses kepada kemudahan internet meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata akses internet adalah hak bagi setiap individu, malah dalam keadaan situasi semasa internet amat penting bagi anak-anak yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). “Kalau kemudahan lain dari segi bekalan air dan elektrik mahu disamakan seperti di Semenanjung mungkin agak perlahan sedikit, tetapi apabila berkaitan dengan internet,…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK12: Lebih RM9 billion peruntukan pembangunan untuk Sabah, Sarawak – PM

Kerajaan memperuntukkan RM4.66 bilion bagi Sabah, dan RM4.47 bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata peruntukan pembangunan itu bakal disalur di bawah Rolling Plan Pertama 2021, RMK12, yang akan dibentangkan di Parlimen 27 Sept ini, dan merupakan yang tertinggi berbanding negeri lain. “Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak. “Dengan prinsip ‘Bekerja Bersama…

Posted on: 16/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hari Malaysia: Rakyat diseru perkukuh azam, membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya dan dihormati sempena sambutan Hari Malaysia hari ini. Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak telah membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dalam…

Posted on: 16/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rakyat Malaysia diseru bersatu dan jiwai Hari Malaysia

Hari Malaysia yang disambut hari ini diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa, demikian harapan beberapa pemimpin negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi catatan di Twitter rasminya berkata 16 September merupakan tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia. “Rakyat Malaysia di setiap pelusuk tanah air terus membuktikan kenapa tiada bumi yang lebih bertuah daripada bumi Malaysia. Selamat Hari…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Platform digital, media sosial bakal meriahkan sambutan Hari Malaysia 2021

Sambutan Hari Malaysia 2021 akan dimeriahkan menerusi platform digital dan media sosial bagi membolehkan semua rakyat negara ini dapat bersama-sama meraikan hari bersejarah pembentukan negara pada 16 Sept meskipun dalam suasana pandemik COVID-19. Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini agak unik kerana  akan berlangsung secara hibrid menggabungkan elemen digital dan fizikal dengan kehadiran tetamu pada skala kecil sesuai dengan norma baharu untuk mengekang penularan wabak berkenaan. Beliau bagaimanapun…

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Annuar harap sambutan Hari Malaysia 2021 bawa keceriaan, semangat kepada Keluarga Malaysia

Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 dengan penuh harapan serta keyakinan bahawa negara akan menang dalam peperangan melawan pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata walaupun belum menang sepenuhnya, namun sudah ada petanda negara negara mula mampu mengatasi ancaman tersebut seperti perkembangan baik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga membolehkan beberapa sektor dibuka semula secara berperingkat baru-baru ini. Katanya beliau berharap Hari Malaysia…