Tag: JENDELA

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JENDELA berjalan mengikut jadual

Pelaksanaan projek di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjalan mengikut jadual dan semua skop kerja yang dilaksanakan melepasi sasaran yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pencapaian itu dimaklumkan dalam laporan suku tahun ketiga JENDELA oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan kesemua syarikat telekomunikasi dalam mesyuarat penggal ketiga Jawatankuasa Pemandu bagi pelaksanaan pelan JENDELA semalam. “Saya berpuas hati kerana pencapaian dalam semua…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JENDELA: 6.43 juta premis disediakan akses gentian optik setakat 31 Ogos

Sebanyak 6.43 juta premis di seluruh negara disediakan dengan akses gentian optik dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Satu sehingga 31 Ogos lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata bagi tempoh sama dalam pelan tersebut yang bermula sejak September 2020, kelajuan jalur lebar mudah alih meningkat daripada 25 Megabits per saat (Mbps) kepada 31.34 Mbps. Pada masa sama, menurutnya, perluasan liputan…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JENDELA: Enam menara komunikasi baharu beri manafaat lebih 18,000 penduduk

Sebanyak 18,850 penduduk di daerah Tawau, Semporna serta Kunak menerima manfaat dengan pembinaan enam menara komunikasi baharu yang telah beroperasi sepenuhnya di daerah terbabit menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan memberitahu kampung terbabit adalah Kampung Bukit Qouin Ladang Sungai Kawah serta Kampung Tamang Pulau Sebatik di Tawau, Kampung Kabimbangan dan Kampung Igang-Igang di Semporna selain Kampung Kunak 3 dan Kampung Telaga Tujuh di…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Proses bina lebih 600 menara telekomunikasi di Sarawak mula bulan ini – Annuar

Surat kerja bagi pembinaan lebih 600 menara telekomunikasi baharu di Sarawak yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion akan dikeluarkan pada bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata tiga kontraktor telah dikenal pasti menerusi tender terbuka dan pihak berkenaan akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat. Menurutnya, Sarawak merupakan negeri yang diberi tahap keutamaan paling tinggi dalam pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: JENDELA, Liputan 4G di Hulu Selangor capai 99.66 peratus

Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah meningkatkan liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di Parlimen Hulu Selangor kepada 96.66 peratus, setakat suku kedua tahun ini, berbanding 88.89 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata jumlah premis yang mendapat capaian gentian optik juga telah meningkat daripada 4,120 premis pada suku kedua 2020 kepada 25,007 premis pada Ogos lepas. “Selain pembinaan menara telekomunikasi dan satelit, kerajaan juga akan melaksanakan…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Peruntukan pelaksanaan JENDELA di Sarawak tiba tepat pada masanya – UNIMAS

Peruntukan RM4.09 bilion untuk Sarawak melaksanakan  Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) merupakan rangsangan yang tiba tepat pada masanya bagi menaik taraf infrastruktur pendidikan selain menyokong inisiatif ekonomi digital negeri ini. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata peruntukan tersebut akan membantu memperhebat pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak. …

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

171 struktur telekomunikasi baharu akan dibina di Perak

Sebanyak 171 struktur telekomunikasi baharu akan dibina serta 1,754 alat pemancar komunikasi akan dinaik taraf dan 252,475 premis akan disediakan capaian gentian optik talian tetap di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Perak sehingga suku kedua tahun ini. Exco Komunikasi dan Multimedia Khairul Shahril Mohamed berkata pelan JENDELA dilaksanakan secara berfasa dengan Fasa Satu bermula September tahun lalu dan berakhir pada hujung tahun depan. “Pelan itu memberi fokus kepada pemantapan infrastruktur digital…