Tag: Johor

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Kebakaran di Loji, 200 kawasan di Johor alami gangguan air

Kira-kira 200 kawasan di bandar raya  ini, Kulai dan Iskandar Puteri mengalami gangguan bekalan air luar jangka berikutan dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kota Tinggi terbakar, kelmarin. Ranhill SAJ Sdn Bhd menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan antara kawasan terjejas melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya. “Kebakaran itu mengakibatkan loji dihenti tugas.  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid dan surau mulai 15 Oktober

Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini. Menurut kenyataan itu,…

Posted on: 07/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PPN: Johor beralih ke Fasa Tiga, Pahang ke Fasa Empat esok

Johor bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Pahang pula beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 semalam.  “Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Sebuah PPS di Kulai dibuka tempatkan 74 mangsa

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, daerah Kulai petang semalam bagi menempatkan 74 mangsa selepas kediaman mereka di kawasan Kampung Bukit Batu, dinaiki air. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai dalam kenyataan hari ini memaklumkan, PPS tersebut dibuka pada pukul 6 petang berikutan kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat lebih tiga jam dan limpahan air sungai dari Sungai Ulu Pontian. “Setakat 8 pagi…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Johor ke Fasa Dua hari ini, peniaga tarik nafas lega

Peniaga di sebuah pusat beli-belah popular di bandar raya ini menarik nafas lega apabila perniagaan mereka mulai rancak menerima kunjungan orang ramai pada hari pertama peralihan Johor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini. Pemilik kedai makan Hj Wahid Mee Rebus, Abdul Halim Wahid, 65, berkata dia menjangkakan kehadiran pengunjung akan lebih meriah pada hari minggu susulan orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh merentas daerah. “Sebelum…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Johor terima RM16.66 juta bagi Program Jaminan Bekalan Makanan

Jabatan Pertanian Negeri Johor menerima peruntukan sebanyak RM16.66 juta daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksanakan Program Jaminan Bekalan Makanan dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran makanan negara. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata menerusi peruntukan itu, jabatan akan menyelaras enam program membabitkan 1,583 penerima dalam kalangan syarikat peneraju dan pengusaha, bermula tahun ini hingga 2022 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Beliau berkata daripada jumlah peruntukan itu, RM2…