Tag: Kedah

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Sebuah kampung di Sik, Kedah akan jadi projek rintis basmi miskin tegar

Sebuah kampung di Daerah Sik, Kedah telah dicadang sebagai lokaliti pertama untuk projek rintis bagi membasmi kemiskinan tegar secara holistik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata usaha itu adalah sebahagian daripada langkah  pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang meletakkan sasaran menghapus kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan mentransformasi pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar. Katanya pendekatan baharu itu dibincangkan dalam sesi Poverty Circle kelima secara maya hari ini,…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi tadi meningkat kepada 526 orang berbanding 337 orang malam tadi. “Empat lagi PPS dibuka malam tadi melibatkan PPS…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 523 orang daripada 159 keluarga pada sebelah malam tadi. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata 11 mangsa dipindahkan di daerah Pendang dan 26 orang di daerah Kota Setar. Bagaimanapun, beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah meningkat, dua PPS baharu dibuka

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 239 orang daripada 63 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 216 mangsa daripada 55 keluarga petang semalam, yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata dua PPS baharu telah dibuka di Baling malam tadi bagi menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga ekoran hujan lebat di daerah itu petang semalam. Seramai 26 mangsa daripada lapan…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Kedah lancar program ‘Anakku Sejahtera’ bantu golongan miskin, berpendapatan rendah

Kerajaan Negeri Kedah hari ini melancarkan program ‘Anakku Sejahtera’ dengan pembiayaan RM1 juta diperuntukkan untuk diberi kepada setiap anak yang lahir di negeri ini mulai 1 Jan hingga 31 Disember tahun ini. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata program itu inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Kedah. “Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk Tabungan Simpan SSPN…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang daripada 131 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Sik, Baling dan Kulim, pagi ini. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Saifuddin Abdullah berkata jumlah mangsa meningkat 117 orang berbanding 263 mangsa yang dipindahkan malam tadi. “Bagi Sik, setakat 8 pagi tadi seramai 28 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Sebuah lagi PPS di Kedah dibuka malam tadi

Sebuah lagi pusat penempatan sementara (PPS) dibuka malam ini di Daerah Padang Terap dan menjadikan jumlah PPS yang dibuka di Kedah kepada 10 buah yang   menempatkan 228 mangsa banjir daripada 80 keluarga setakat 10 malam tadi. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata PPS berkenaan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi. “PPS di SK Bukit Tampoi dibuka pada 8 malam ini bagi menempatkan…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah bagi menempatkan 210 mangsa banjir daripada 66 keluarga di daerah Sik dan Baling. Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, daripada jumlah itu tujuh PPS dibuka di Baling manakala selebihnya di Sik dengan operasi pemindahan mangsa masih dijalankan di Baling setakat pagi ini berikutan air masih belum surut. “PPS di Baling ialah di SK (Sekolah Kebangsaan) Tunku Putera, SK Siong, SK…