Tag: kelantan

Posted on: 19/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Banjir, 31 orang di Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Seramai 31 orang daripada enam keluarga di Rantau Panjang dekat Pasir Mas dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak dua hari lepas. Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mereka termasuk seorang warga emas dan 11 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan  (SK) Tok Deh…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: 1,231 anggota APM Kelantan sedia diatur gerak hadapi monsun timur laut

Seramai 1,231 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sedia diatur gerak bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini (3 Nov) dan berterusan sehingga Mac tahun depan. Timbalan Pengarah APM Kelantan Lt Kol Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata selain anggota, pihaknya juga memiliki 157 kekuatan logistik serta  700 jaket keselamatan yang boleh digunakan dalam tempoh tersebut. Katanya, daripada jumlah itu terdapat 81 pelbagai jenis bot termasuk fiber…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Kelantan kuat kuasa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (i) 2019 mulai 1 November

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah memberi perkenan untuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dikuat kuasa bermula hari ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan bagi penambahbaikan, yang bertujuan untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah-pesalah Syariah terhadap kesalahan yang dilakukan. Beliau berkata peruntukkan enakmen sedia ada telah dikaji, diteliti dan didapati kewajaran untuk ditambah baik sesuai dengan arus…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Belanjawan Kelantan 2022 dibentang pada 2 Disember

Belanjawan Kelantan 2022 dijangka dibentangkan pada 2 Disember ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub. Beliau berkata ketetapan tarikh pembentangan belanjawan itu telah diangkat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada minggu lepas, bagi mendapatkan perkenan baginda. Menurut beliau belanjawan berkenaan akan dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, di sini. “Selepas hari pembentangan (2 Disember), sidang DUN Kelantan akan bersambung semula pada 5…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Masjid dan pembangunan Kampung Laut dicalon Tapak Warisan Kebangsaan dan Dunia

Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, telah dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam kenyataan hari ini berkata  pencalonan itu merupakan perancangan jangka panjang bertujuan menjadikan Kampung Laut sebagai pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi ‘mesti lawat’ di Kelantan. Projek pembangunan semula…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Jemaah di Kelantan syukur dapat laksana solat Jumaat di masjid

Penduduk di daerah ini meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menunaikan solat Jumaat di masjid hari ini setelah sekian lama tidak berpeluang menjejakkan kaki ke rumah ibadat susulan pandemik COVID-19. Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri itu. Tinjauan Bernama di Masjid Muhammadi, di…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Sektor pelancongan negeri pantai timur dijangka pulih dalam tempoh singkat

Sektor pelancongan di negeri-negeri pantai Timur dijangka kembali pulih dalam tempoh singkat berikutan sambutan dan  kehadiran pengunjung yang dicatatkan di lokasi tarikan pengunjung sangat memberangsangkan. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Hafiz Hazin berkata hasil tinjauan yang dilakukan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mendapati banyak kawasan pelancongan sudah mula dikunjungi orang ramai. “Sebagai contoh di Tasik Kenyir, Terengganu dalam tempoh tiga minggu sahaja direkodkan seramai 35,000 pelancong domestik datang selepas beralih…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Pusat koordinasi di Kota Darul Naim selaras maklumat banjir Kelantan – Shafien

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan bersetuju untuk membuka sebuah pusat koordinasi di Kota Darul Naim di sini, bagi menyelaraskan segala maklumat berkaitan banjir yang dijangka melanda negeri itu tidak lama lagi. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata ini bagi memudahkan urusan sepanjang bencana tersebut selain memastikan data yang dikeluarkan selari dan tidak bercanggah. Beliau berkata semua agensi yang terlibat juga telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang banjir itu. “Pada peringkat awal…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Rakyat Kelantan gembira komitmen kerajaan siapkan projek CSR

Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang dijangka siap pada 2025, merupakan berita gembira buat rakyat Kelantan. Ahli perniagaan, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 42, berkata selain dapat merancakkan ekonomi di negeri ini, usaha pembinaan lebuh raya itu secara tidak langsung menggembirakan anak Kelantan terutama yang berada di perantauan kerana kebiasaannya mereka terpaksa menempuh perjalanan sehingga 20 jam ketika musim perayaan. “Insya-Allah pembinaan lebuh…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kelantan benar akad nikah di premis persendirian, masjid tidak melebihi 30 minit

Kelantan membenarkan majlis akad nikah dijalankan di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sebarang sentuhan berkuat kuasa serta-merta. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata majlis akad nikah yang dijalankan tidak melebihi 30 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Beliau berkata kehadiran semasa majlis akad nikah dibenarkan tidak melebihi 10 orang yang telah lengkap divaksin termasuk pasangan…