Tag: Keluarga Malaysia

Posted on: 13/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia mampu bawa negara berdaya saing

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah negara akan terus berdaya saing dan mencapai kemajuan yang lebih tinggi jika konsep Keluarga Malaysia yang inklusif dan adil digabungkan dengan semangat sebuah keluarga. Seri Paduka bertitah semangat Keluarga Malaysia juga boleh membawa kepada penyatuan dalam sebuah negara seperti Malaysia, yang mempunyai beraneka kepelbagaian. “Inisiatif Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini amat menarik perhatian beta. Benar bagai dikata, kita…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sasaran tubuh 60 lagi CDERT Keluarga Malaysia di landasan tepat

Sasaran penubuhan 60 lagi Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia di kawasan Parlimen seluruh negara berada pada landasan yang tepat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, 44 CDERT Keluarga Malaysia telah ditubuhkan melibatkan 1,080 anggota. “Saya terus komited untuk pastikan CDERT ini dapat ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen. Penubuhan CDERT ini tepat pada masanya memandangkan ketika ini musim…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Sebuah kampung di Sik, Kedah akan jadi projek rintis basmi miskin tegar

Sebuah kampung di Daerah Sik, Kedah telah dicadang sebagai lokaliti pertama untuk projek rintis bagi membasmi kemiskinan tegar secara holistik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata usaha itu adalah sebahagian daripada langkah  pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang meletakkan sasaran menghapus kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan mentransformasi pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar. Katanya pendekatan baharu itu dibincangkan dalam sesi Poverty Circle kelima secara maya hari ini,…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM adakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Bogor hari ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia dijadual diberikan sambutan rasmi di Istana di Bogor, kira-kira 60 kilometer (km) dari Jakarta pada tengah hari ini. Perdana Menteri dalam kemas kini Twitternya berkata: “Saya akan mengadakan pertemuan dengan (Presiden Indonesia) Bapak (Joko Widodo) Jokowi untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia. “Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Statistik penjawat awam enggan terima vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Statistik penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai jurang pendapatan golongan bandar…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar pengangguran di Malaysia terus menurun pada September

Kadar pengangguran di negara ini terus mencatatkan penurunan 4.5 peratus  membabitkan 729,600 orang  pada September lepas berbanding bulan sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Beliau berkata kedudukan tenaga buruh bertambah baik apabila bilangan tenaga kerja buruh terus meningkat manakala pengangguran menunjukkan trend menurun. “Peralihan lebih banyak negeri ke fasa berikutnya dalam  Pelan Pemulihan Negara (PPN)  membolehkan lebih banyak aktiviti perniagaan beroperasi semula dengan waktu operasi perniagaan dilanjutkan. “Selain itu, kebenaran perjalanan rentas negeri…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM lancar rangkaian 5G pertama hari ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama hari ini, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkatperingkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus liputan di seluruh negara. “Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor,…

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: Malaysia rekod penurunan kes kematian bagi minggu epidemiologi ke-44

Malaysia mencatatkan penurunan 27.2 peratus dalam kes kematian berkaitan COVID-19 untuk Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 dari 31 Oktober hingga 6 November iaitu kepada 380 kes daripada 522 kes pada ME ke-43.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun kadar kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan peningkatan dua peratus iaitu kepada 516 kes berbanding 505 kes pada minggu epidemiologi sebelumnya.  “Kebanyakan indikator utama menunjukkan trend penurunan. Kes baharu COVID-19 menunjukkan…

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu Hartal Doktor Kontrak antara tumpuan Dewan Rakyat hari Selasa

Isu perjawatan tetap kepada doktor kontrak dan langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua Hartal Doktor Kontrak antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat menerusi laman web rasmi Parlimen, isu berkenaan  diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Menteri Kesihatan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri. Dalam pada itu, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) pula minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan persediaan kementerian dalam mengenal pasti…

Posted on: 08/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebagai sebuah keluarga

Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain.  “Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.  (Bermakna) Bukan lagi…