Tag: KJ

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khairy dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia ke-75

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022. Khairy menerusi ciapan Twitter beliau yang menzahirkan ucapan terima kasih atas pemilihannya itu berkata suara Pasifik Barat akan dibawa ke persidangan dunia itu nanti. “Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO kerana sebulat suara memilih Malaysia sebagai Naib Presiden WHA 2022. Kami akan membawa suara Pasifik Barat ke…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kenyataan ‘susahkan’ antivaksin: Kerajaan cukup beri penerangan kebaikan vaksin – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin COVID-19 kepada rakyat. Khairy berkata malah kementeriannya telah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat. “Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggil lah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya hari ini. Khairy sebelum ini berkata kerajaan akan mengambil pendekatan…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelbagai kesulitan menanti mereka yang enggan menerima vaksin

Kerajaan akan mengambil pendekatan tegas  terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun katanya  bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera. “Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan ia akan berterusan begitu. “Tidak…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kesihatan buat laporan polis terhadap kumpulan antivaksin

Kementerian Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam kesihatan awam. Menterinya Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau berharap, tindakan susulan termasuk siasatan dan pendakwaan dapat disegerakan. “Kumpulan ini (antivaksin) terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,”  kata Khairy sambil menyertakan pautan Twitter seorang pengamal perubatan Dr Sakinah Sulong. Dr Sakinah dalam Twitter tersebut menulis : “Am I the only…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok , fokus pemberian vaksin – Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin  berkata pakar kesihatan dunia kini telah berhenti menggunakan formula berkenaan dan fokus memvaksinasi sebanyak mungkin populasi penduduk kerana penularan varian Delta menyebabkan sasaran imuniti kelompok sebelum ini iaitu 80 peratus, terjejas. “Saya sebagai Menteri KKM, saya tidak lagi guna terma herd immunity. Pada waktu…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penggulungan Kementerian Kesihatan dijangka tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Penggulungan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagi pihak Kementerian Kesihatan dijangka menjadi tumpuan sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Kementerian yang memainkan peranan penting dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini, disenarai sebagai kementerian pertama yang akan menggulung perbahasan pada hari kedua penggulungan oleh kementerian-kementerian. Sejumlah 11 kementerian dijadual menggulung perbahasan membabitkan isu-isu yang dibangkitkan sepanjang empat hari perbahasan titah diraja oleh…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kakitangan kesihatan dihantar ke negeri ringankan beban

Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas Nasional bagi memobilisasikan kakitangan kesihatan ke negeri yang direkod mempunyai peningkatan kes COVID-19. Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata ia bagi mengelak kepenatan dalam kalangan petugas barisan hadapan berikutan beban kerja yang semakin bertambah akibat peningkatan kes. Menerusi pasukan petugas itu, katanya, petugas kesihatan diarah ke negeri yang mengalami peningkatan kes COVID-19 iaitu Pulau Pinang dengan 223 petugas kesihatan, Kedah (156) dan Sabah…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pesakit Covid-19 boleh ke CAC secara walk in atau maya

Pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menunggu janji temu dari Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk membuat penilaian di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), sebaliknya mereka boleh pergi secara terus (walk-in) ke CAC berdekatan sekiranya didapati positif. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan kes penularan Covid-19 semakin berkurangan, malah langkah kerajaan melaksanakan CAC secara maya boleh digunakan pesakit Covid-19 sebagai kemudahan untuk mereka yang bergejala ringan. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/pesakit-covid-19-boleh-ke-cac-secara-walk-in-atau-maya/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Parlimen: RM593 juta dibelanja bagi perolehan darurat peralatan hospital rawat COVID – Khairy

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Sebanyak RM593 juta telah dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes COVID19 sejak dua tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perolehan yang dibuat pada 2020 dan tahun ini (2021) telah diagihkan mengikut keperluan ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. “Ia termasuk peralatan seperti katil pesakit biasa, katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator,…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM buka portal HQA untuk pengembara mohon kuarantin di rumah

Pengembara dari luar negara yang ingin menjalani kuarantin wajib di rumah atau kediaman boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) di laman web Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan ke Malaysia,” katanya, justeru pengembara yang akan tiba di Malaysia mulai 28 Sept boleh berbuat demikian melalui portal  https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa. Sebelum ini, beliau berkata permohonan…