Tag: KKM

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih RM6 juta produk kesihatan tidak berdaftar dirampas

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas ubat kuat tidak berdaftar  bernilai RM5.8 juta menerusi serbuan di 666 premis di seluruh negara sejak 2019 hingga bulan ini. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Norhaliza A Halim berkata bagi tempoh sama juga, sebanyak 187 premis yang menjual suntikan vitamin C telah diserbu dengan nilai rampasan berjumlah  RM278,202. “Pihak KKM giat menjalankan pemeriksaan dan operasi serbuan secara berterusan terutamanya di lokasi hot spot yang dikenal…

Posted on: 11/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ambil berat penjagaan kesihatan melibatkan diabetes

Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru rakyat Malaysia agar terus memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan melibatkan penyakit diabetes meskipun negara masih dilanda penularan wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Malaysia, satu daripada lima individu berusia 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap diabetes pada 2019 tanpa pengetahuan mereka. “Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 463 juta orang dewasa di seluruh dunia penghidap penyakit diabetes pada…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Derita pesakit sindrom Tourette

Mungkin bagi kebanyakan rakyat negara ini Sindrom Tourette ialah satu istilah asing, sekalipun menurut pakar kira-kira 0.3 hingga 1.0 peratus daripada populasi Malaysia berkemungkinan mengalami sindrom itu. Antara gejala utama sindrom itu ialah mereka yang mengalaminya membuat sesuatu pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata secara tiba-tiba serta berulang di luar kawalan. Insiden juga boleh melibatkan perkataan yang dikeluarkan adalah kesat berbentuk makian dan cacian. Pakar neurologi Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Shahir Mawardi berkata…

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar kematian akibat TB meningkat kesan kemunculan COVID-19

Kadar kematian akibat Tuberkulosis (TB – penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan. Menurutnya semasa langkah-langkah bagi  membendung wabak itu mengalihkan sumber dan memberi kesan kepada perkhidmatan…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Majlis Strok Malaysia lancar kempen ‘save Precious Time’

Majlis Strok Malaysia (MSC) melancarkan kempen ‘Save Precious Time’ bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tanda amaran strok, bersempena dengan Hari Strok Sedunia 2021 yang disambut pada 29 Okt setiap tahun. Kempen itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Strok Sedunia dan organisasi tempatan yang menyokong penyakit strok iaitu Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia (NASAM). Naib Pengerusi MSC Dr Wan Asyraf Wan Zaidi berkata kempen itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghabiskan masa berharga dengan pesakit…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Khairy dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia ke-75

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022. Khairy menerusi ciapan Twitter beliau yang menzahirkan ucapan terima kasih atas pemilihannya itu berkata suara Pasifik Barat akan dibawa ke persidangan dunia itu nanti. “Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO kerana sebulat suara memilih Malaysia sebagai Naib Presiden WHA 2022. Kami akan membawa suara Pasifik Barat ke…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM masih teliti vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19 bagi meneliti kesesuaian untuk pemberian vaksin itu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas golongan itu berdasarkan bukti saintifik melalui kajian klinikal serta data sebenar di peringkat dunia. “Setakat ini,…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran. Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin. “Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimbangkan…