Tag: KKMM

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Portal MyDigital.KKMM promosi jalur lebar, manfaatkan landskap digital

Portal setempat pelbagai perkhidmatan dalam talian,  MyDigital.KKMM  dilancarkan hari ini bagi membolehkan rakyat menggunakan dan memanfaatkan landskap digital serta mempromosikan jalur lebar. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata portal berkonsepkan pameran maya itu mampu mempertingkatkan kefahaman rakyat terhadap ekosistem digital serta program berkaitan pendigitalan bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat menerusi satu portal. Beliau berkata portal itu membolehkan segala maklumat di bawah promosi jalur lebar disatukan dan menjadi portal yang…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perkhidmatan 5G kepada rakyat tidak akan membebankan

Pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G kerana kerajaan telah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan telah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna. “Disebabkan itu, kita telah berusaha mencari modul perkhidmatan yang cost-effective dengan model 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM lancar rangkaian 5G pertama hari ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G Malaysia yang pertama hari ini, sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran 5G itu adalah untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun pertama, sebelum secara berperingkatperingkat diperluaskan sehingga mencapai 36 peratus liputan di seluruh negara. “Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor,…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DNB dikawal selia ketat MCMC

Pengoperasian Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pengendali perkhidmatan borong tunggal 5G dikawal selia ketat pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata antara lain, MCMC mengenakan syarat yang melarang DNB daripada terlibat dalam aktiviti runcit. Beliau berkata bagi memastikan kos perkhidmatan borong ditawarkan DNB berada pada tahap munasabah, MCMC turut menetapkan beberapa syarat dalam lesen berhubung tanggungjawab DNB berkaitan kos capaian. “Selain…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Persefahaman G2G perlu, buka pasaran filem negara lebih luas – Annuar

Terdapat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) agar pasaran industri perfileman negara dapat dibuka dengan lebih luas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata ini bagi membolehkan filem dan produk industri ini dapat menembusi negara luar. “Filem luar masuk dengan mudah ke negara kita, misalnya dari China. Tapi banyak negara lain kalau filem kita nak masuk ke sana, hatta negara jiran kita sekali pun tidak mudah…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Portal The Jalinan Digital Negara, platform untuk masyarakat buat aduan liputan dan kelajuan telekomunikasi

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya juga telah mewujudkan portal The Jalinan Digital Negara (JENDELA) Map, sebagai platform kepada masyarakat untuk membuat aduan berkaitan liputan, kelajuan telekomunikasi dan sebagainya. “Untuk mendapatkan maklumat yang cepat di kawasan mana yang terkesan dengan rangkaian jalur lebar, kita telah menwujudkan portal JENDELA Map di manaMCMC akan melakukan pemantauan setiap hari untuk membuat tindakan susulan melawat dan membaiki. “Selain itu kita…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

FINAS sedia peruntukan RM38 juta dana kandungan digital

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyediakan RM38 juta peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 di bawah Geran Dana Kandungan Digital (DKD) bagi membantu pengkarya filem berskala kecil mengetengahkan bakat dan karya mereka di platform over-the-top (OTT) seperti Netflix. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata antaranya adalah Dana Mikro Pengkarya berjumlah RM8 juta untuk penggiat industri filem tempatan dalam penghasilan karya melalui pembangunan kandungan kreatif dalam tempoh fasa pemulihan…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia bentang lapan sasaran keberhasilan ADM2025, bakal corak pembangunan landskap digital

Malaysia selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN (ADGMIN) telah membentangkan lapan sasaran keberhasilan yang telah dirangka menerusi Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025). Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin menerusi catatan di Twitter rasmi hari ini berkata ia dibentangkan pada sesi pertemuan ADGMIN dengan Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) semasa Mesyuarat ke-20 AECC yang diadakan secara maya hari ini. Beliau berkata ADM2025 akan mencorak pembangunan landskap digital rantau ASEAN untuk lima tahun akan…