Tag: kpdnkhep

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan perlu sedia terima pendigitalan perniagaan

Usahawan perlu mempunyai perubahan minda yang mana mereka tidak boleh lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, sebaliknya perlu turut berubah dan menerima pendigitalan dalam perniagaan, supaya mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata pendigitalan adalah elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, tetapi juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Katanya, pandemik COVID-19 telah menyedarkan kita bahawa untuk maju,…

Posted on: 08/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bekalan ayam, telur mencukupi – KPDNHEP

Bekalan ayam dan telur pada masa kini mencukupi bagi  menampung  keperluan dan permintaan pengguna, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). KPDNHEP dalam kenyataan semalam berkata ia  berdasarkan anggaran  pengeluaran bekalan ayam di pasaran oleh pihak penternak sebanyak  64.9 juta ekor pada Oktober, manakala bekalan telur ayam pula melebihi satu bilion biji sebulan. Katanya susulan pewartaan ayam dan telur ayam sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, kementerian itu berperanan memastikan…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPDNHEP bakal modenkan sub-sektor perkhidmatan perdagangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan pemodenan di semua sub-sektor perkhidmatan perdagangan pengedaran bagi merancakkan bidang berkenaan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Berita Selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/869767/kpdnhep-bakal-modenkan-sub-sektor-perkhidmatan-perdagangan Sumber : Berita Harian

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Segerakan harga kit ujian kendiri lebih murah – Rosol

Kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan harga kawalan baharu kit ujian kendiri COVID-19 yang lebih murah lebih awal, berbanding jangkaan Disember ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pada masa ini kementerian giat mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan supaya kit ujian kendiri itu dapat segera dijual dengan harga yang lebih rendah. Beliau berkata bagaimanapun dalam masa sama kerajaan turut perlu mengambil kira kepentingan…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

VIDEO: Industri setuju turun harga, kerajaan teliti cadangan stabilkan harga ayam

Pihak industri telah bersetuju menurunkan lagi harga ayam pada peringkat pengeluar serta ladang, supaya harga pada peringkat borong dan runcit dapat distabilkan dan membantu pengguna menikmati harga ayam yang berpatutan.  Perkara itu dimaklumkan dalam  kenyataan bersama dikeluarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi  dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, hari ini. Menurut kenyataan itu, dalam mesyuarat antara kedua-dua kementerian itu semalam, kerajaan juga bersetuju…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Harga ayam mula tunjuk trend penurunan – KPDNHEP

Pemeriksaan oleh pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam di pasaran kini menunjukkan trend penurunan berbanding minggu sebelumnya. Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata  purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas. Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di 600 premis menjual ayam sejak semalam, 11 premis dikesan masih menjual ayam pada harga…