Tag: KPKT

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan rancang bina 7,448 unit Rumah Transit Belia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina 7,448 unit  Rumah Transit Belia (RTB) dalam usaha membantu golongan belia yang berdepan dengan isu harga rumah dan kadar sewa yang tinggi di Lembah Klang dan Selangor. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata projek itu akan dibangunkan di Mukim Batu melibatkan 1,448 unit dan di Rawang, Selangor melibatkan 6,000 unit. “Ini diharapkan dapat membantu golongan muda untuk tinggal bagi…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

124 orang ditawarkan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Seramai 124 orang telah ditawarkan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia daripada 2,000 unit sedia ada yang disediakan, setakat ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. Beliau berkata baki 1,876 unit kediaman masih dalam proses penilaian dan akan ditawarkan kepada mereka yang layak sebaik proses saringan selesai dilaksanakan. “Kerajaan amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi rakyat khususnya golongan B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sehingga…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM umum pengecualian bayaran sewa, teruskan moratorium bayaran sewa PPR

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan beberapa inisiatif agenda perumahan untuk kebajikan Keluarga Malaysia antaranya pengecualian bayaran sewa untuk inisiatif perumahan bagi golongan terkesan dan penerusan moratorium bayaran sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR). Ketika melancarkan  Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali  sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini semalam, Ismail Sabri turut mengumumkan penambahan bilangan unit di bawah projek berkenaan kepada 2,000 unit daripada…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia kurangkan beban hal sewaan

Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia membantu mengurangkan beban berkaitan hal sewaan rumah bagi golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Nurrul Naqiah Sulaiman antara penerima inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia berkata kos menyewa rumah baginya adalah membebankan kerana beliau seorang sahaja yang perlu menampung keluarga dengan pendapatan RM2,000 sebulan setelah suaminya kehilangan kerja dan masih tidak mendapat pekerjaan. Berdepan kesempitan tersebut, keluarga Nurrul Naqiah yang dikurniakan dua cahaya…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPKT perkenal Rumah IKRAM untuk mereka terkesan pandemik COVID-19

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT untuk rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan menawarkan kadar sewa minimum RM124 sebulan bagi tempoh mendiami maksimum dua tahun. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif bersifat penampan (cushion) itu dikhususkan untuk keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan, kehilangan pekerjaan hingga tidak mampu membayar…

Posted on: 02/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bantuan kediaman kepada golongan terkesan Covid-19

Kerajaan akan menyediakan bantuan kediaman kepada golongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 pada kadar sewaan paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, maklumat lanjut inisiatif bantuan kediaman berkenaan akan diumumkan Isnin ini. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/bantuan-kediaman-kepada-golongan-terkesan-covid-19/ Sumber: Utusan Malaysia