Tag: kpm

Posted on: 09/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kehadiran murid ke sekolah kekal kaedah penggiliran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan kehadiran murid ke sekolah masih mengekalkan kaedah penggiliran dan tidak dilaksanakan secara berperingkat. Menurut kenyataan KPM, pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian  sekolah secara bersemuka sejak dibuka semula bermula  3 Oktober lalu. Katanya, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian  Sekolah 3.0.  “Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa  pandemik…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam ke sekolah

Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap. “Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa  pihak kementerian sebelum…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengurusan sekolah dibenar periksa sijil vaksinasi guru

Pengurusan sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru bermula hari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata ia bagi memastikan tiada guru yang culas dalam mematuhi pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam. “Mulai hari ini pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi ini untuk memastikan setakat mana guru-guru yang betul-betul (mengambil vaksin). Maknanya dah periksa satu persatu sijll vaksinasi ini…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Kelebihan memanjangkan penggal persekolahan

Oleh Prof Madya Dr Zahari Ishak (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) PENGUMUMAN yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bahawa sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan sehingga penghujung Februari 2022 menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Keputusan sepenting ini sudah pasti mengambil kira banyak perkara serta rundingan dengan pelbagai pihak terutama membabitkan keselamatan dan kesihatan murid. Kemasukan sesi persekolahan sesi Mac 2022 ini sebenarnya…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran. Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin. “Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimbangkan…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengudaraan semasa sesi persekolahan antara dibincangkan menerusi SLU di Melaka

Memastikan pengudaraan yang baik sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka antara aspek dibincangkan menerusi satu sesi libat urus (SLU) pengoperasian sekolah di negeri ini yang diadakan semalam. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau berkata SLU yang diadakan dalam empat sesi itu melibatkan guru sekolah rendah, menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka. “SLU ini menjurus kepada penjelasan dan…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Keselesaan atau guru berkelayakan jadi pilihan ibu bapa?

Prof Madya Dr Gunasegaran Karuppannan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Selangor Di negara kita terdapat banyak peluang untuk pelajar melanjutkan pengajian bermula daripada peringkat prasekolah. Selain pendidikan percuma yang diberikan kerajaan, sebahagian ibu bapa memilih memasukkan anak mereka ke sekolah swasta.Hal ini tidaklah salah dan ia bergantung sepenuhnya kepada kemampuan ibu bapa sendiri. Secara asasnya, terdapat beberapa jenis sekolah swasta. Antaranya adalah sekolah swasta yang menggunakan kurikulum sendiri namun…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP – Radzi

Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau hari ini berkata secara keseluruhan, hampir 300,000 murid telah hadir bagi PdP bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober lepas. Bagaimanapun, katanya bagi negeri…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program Inovator Digital untuk lahirkan bakat muda digital – Radzi

Kementerian Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama Malaysia untuk inovator muda berbakat. Menteri Kanan Pendidikan  Datuk Dr Radzi Jidin berkata mereka yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dan akan memberi tumpuan kepada teknologi digital, keusahawanan dan kurikulum pembelajaran berasaskan projek. “Ini akan memastikan pengembangan bakat digital terbaik …