Tag: malaysia prihatin

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan bangunkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia

Kementerian Perpaduan Negara sedang membangunkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia untuk menyokong aspirasi Keluarga Malaysia bagi mencapai hasrat ditetapkan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pelan itu bersifat inklusif dengan menjadikan perlembagaan dan Rukun Negara sebagai teras utama dalam pembinaan sebuah masyarakat  harmoni dan sejahtera. Menurutnya, pelan itu mempunyai objektif iaitu memahami konsep perpaduan dalam konteks Keluarga Malaysia, mewujudkan aspirasi yang jelas untuk…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan berpegang teguh pada prinsip ”semua tidak ketinggalan” – PM

Kerajaan akan berpegang teguh kepada prinsip “semua tidak ketinggalan” di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dilancarkan baru-baru ini dalam usahanya menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK12 akan menangani perbezaan pembangunan antara negeri-negeri dan jurang pendapatan antara kumpulan sosioekonomi. “Atas nama Keluarga Malaysia, kita akan memastikan bahawa keperluan asas seperti air,…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU kerajaan, PH perkasa negara tempuh pelbagai cabaran – Annuar Musa

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) akan memperkasa negara dalam menempuh pelbagai cabaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata melalui MoU itu, tumpuan akan dapat dilakukan terhadap segala usaha ke arah memperkasa dan memenangi perang melawan COVID-19, melakukan transformasi pentadbiran serta pembaharuan parlimen. “Inisiatif besar itu terbit daripada sifat dan kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang sentiasa…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MA63: Kerajaan berjanji beri perhatian isu kepentingan Sabah, Sarawak – Ismail Sabri

Kerajaan  melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjanji memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperhalusi perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikannya, dan dianggotai Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak, serta lapan Menteri Persekutuan. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU dengan PH terbit daripada dasar inklusif kerajaan – Annuar

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) terbit daripada dasar inklusif kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhasrat mentadbir negara secara inklusif serta berasaskan semangat Keluarga Malaysia dan melalui dasar itu, tiada sesiapa yang tertinggal termasuk pembangkang. Katanya bertitik tolak daripada itu, maka lahirlah sebuah tawaran kepada PH untuk bekerjasama dan kerajaan…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM pastikan penduduk pedalaman Sabah peroleh akses internet – Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah, mempunyai akses kepada kemudahan internet meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata akses internet adalah hak bagi setiap individu, malah dalam keadaan situasi semasa internet amat penting bagi anak-anak yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). “Kalau kemudahan lain dari segi bekalan air dan elektrik mahu disamakan seperti di Semenanjung mungkin agak perlahan sedikit, tetapi apabila berkaitan dengan internet,…

Posted on: 16/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rakyat Malaysia diseru bersatu dan jiwai Hari Malaysia

Hari Malaysia yang disambut hari ini diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa, demikian harapan beberapa pemimpin negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi catatan di Twitter rasminya berkata 16 September merupakan tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia. “Rakyat Malaysia di setiap pelusuk tanah air terus membuktikan kenapa tiada bumi yang lebih bertuah daripada bumi Malaysia. Selamat Hari…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sambut Hari Malaysia dengan kesatuan melawan COVID-19

Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun bagi memperingati penubuhan Malaysia, perlu disambut dengan semangat kesatuan khususnya ketika negara kini berdepan ancaman COVID-19. Ketua Jabatan Kepimpinan Komuniti dan Berkeperluan Khusus, Institut  Aminudin Baki, cawangan Sabah Carl Martin Albert berkata selain menganjurkan acara, kesatuan itu boleh ditunjukan dengan bersama mencegah COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia selain melakukan aktiviti…