Tag: Malaysia

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan secara berperingkat

JAKARTA- Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur. “Jika dipercepatkan urusan untuk butirannya, pernyataan bersama akan dibuat untuk mengumumkan pembukaan sempadan antara Malaysia dan…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar Agromakanan Negara 2.0 rancakkan industri nanas Malaysia

Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) yang bersifat inklusif dalam pemodenan pembangunan pertanian negara serta jaminan bekalan makanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bakal merancakkan lagi industri nanas negara. Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM) Mohd Khairuzamri M. Salleh berkata teras utama DAN 2.0 selari dengan matlamat agensi melihat agromakanan sebagai sektor mampan, berdaya tahan, berteknologi tinggi selain mampu memacu pertumbuhan ekonomi sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Persefahaman G2G perlu, buka pasaran filem negara lebih luas – Annuar

Terdapat keperluan untuk mewujudkan persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) agar pasaran industri perfileman negara dapat dibuka dengan lebih luas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata ini bagi membolehkan filem dan produk industri ini dapat menembusi negara luar. “Filem luar masuk dengan mudah ke negara kita, misalnya dari China. Tapi banyak negara lain kalau filem kita nak masuk ke sana, hatta negara jiran kita sekali pun tidak mudah…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022

Walaupun Malaysia berada di peringkat akhir strategi 6R (ketegasan, berdaya tahan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula) untuk keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada fasa endemik, semua mata akan tertumpu pada Bajet 2022 dan manfaat yang ditawarkannya. Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik. Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Perdagangan Nasional, pelan strategik lima tahun untuk lonjakkan daya saing perdagangan — PM Ismail Sabri

Pelan strategik lima tahun Rangka Tindakan Perdagangan Nasional yang dilancarkan hari ini akan meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia dan mengukuhkan kedudukan negara sebagai pengeksport terunggul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata rangka tindakan dengan lapan teras strategik dan 40 cadangan/syor itu akan menangani perubahan struktur yang diperlukan untuk sektor eksport berkembang maju melalui pengukuhan memudah cara perdagangan, logistik, pematuhan piawaian/standard, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi,  pelaburan dan…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

94.6 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang. Menurut data Kementerian Kesihatan  (KKM) menerusi portal  COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau  22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

93.8 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap divaksin

Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW. Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PBB Malaysia ucap tahniah Malaysia dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia menyambut baik ikrar Malaysia untuk mengarusperdanakan semua dasar standard hak asasi manusia dan terlibat dengan perjanjian hak asasi manusia yang lain. Malaysia pada Khamis dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk penggal 2022-2024 dengan memperoleh 183 undi untuk menduduki satu daripada 18 kerusi. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PBB di Malaysia juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana dipilih buat kali ketiga dan atas…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia kini berpeluang lakukan lebih lagi untuk capai agenda ESG — Mustapa

Malaysia mempunyai peluang untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mencapai pertumbuhan mampan dalam agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) memandangkan banyak syarikat yang telah melaksanakannya dan ia juga telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keperluan untuk menangani beberapa isu yang telahpun wujud sejak 10-15 tahun lepas  termasuk kemiskinan dan merapatkan jurang kawasan bandar dan luar…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia sumbang RM5 juta kepada Palestin bantu bina semula Klinik Al-Rimal

Malaysia menyumbang RM5 juta kepada Palestin untuk membantu usaha membina semula Klinik Al-Rimal yang menempatkan satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Gaza yang mengalami kerosakan akibat serangan udara Israel pada Mei. Pertukaran Nota (EoN) mengenai sumbangan itu dimeterai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kementerian Luar (Wisma Putra), di sini semalam. Saifuddin berkata sumbangan menerusi Tabung Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara…