Tag: Masjid

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

12 masjid sebagai pusat aduan, khidmat kaunseling mangsa keganasan rumah tangga

Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Selain itu, beliau berkata dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di pinggiran Taman Tun Dr Ismail dijadikan pusat transit untuk mangsa. “Inisiatif ini adalah di bawah Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 dan bagi…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Jemaah di Kelantan syukur dapat laksana solat Jumaat di masjid

Penduduk di daerah ini meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menunaikan solat Jumaat di masjid hari ini setelah sekian lama tidak berpeluang menjejakkan kaki ke rumah ibadat susulan pandemik COVID-19. Kelantan yang kini dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan had bilangan jemaah untuk menunaikan solat fardu lima waktu termasuk solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musala di seluruh negeri itu. Tinjauan Bernama di Masjid Muhammadi, di…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid dan surau mulai 15 Oktober

Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini. Menurut kenyataan itu,…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Aktiviti pengimarahan masjid, surau di Sarawak dibenarkan mulai 4 Oktober

Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Sarawak antaranya pengajian, kuliah, ceramah, kursus dan bengkel adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 semasa dan penjarakan fizikal satu meter bemula 4 Oktober ini (Isnin). Bagaimanapun, kebenaran itu tidak termasuk mana-mana aktiviti melibatkan sentuhan fizikal seperti praktikal pengurusan jenazah tanpa alas, menurut Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan hari ini. “Hanya jemaah dan petugas yang sudah lengkap dua dos…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau Terengganu dibenarkan

Bermula hari ini, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Terengganu dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan kerajaan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Osman Muda berkata kebenaran itu diberi selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau berkata kebenaran itu diberi susulan peralihan Terengganu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 Sept lepas.…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Pahang benar jemaah belum terima vaksin solat di masjid, surau

Semua masjid dan surau di Pahang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu dengan jemaah terbuka kepada semua termasuk individu yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19, tertakluk kepada syarat ditetapkan.   Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan semalam memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) itu berkuat kuasa semalam, dengan bilangan jemaah kecuali di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dengan mengamalkan penjarakan fizikal.  Bagi masjid…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SOP solat di masjid, surau sentiasa ditambah baik- Ahmad Marzuk

Prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan pandemik COVID-19 melibatkan aktiviti ibadah di surau dan masjid sentiasa ditambah baik melalui kaedah muzakarah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kaedah muzakarah yang disertai mufti dan pihak berkuasa agama negeri itu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan bagi membincangkan isu berkaitan…