Tag: melaka

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi tadi meningkat kepada 526 orang berbanding 337 orang malam tadi. “Empat lagi PPS dibuka malam tadi melibatkan PPS…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Operasi sekolah di Melaka, Selangor, KL, Putrajaya ikut ketetapan Fasa Empat PPN mulai 1 November

Pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai 1 November ini. Pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Okt, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November. KPM menerusi kenyataan semalam memaklumkan perubahan ketetapan pengoperasian itu adalah selaras peralihan Fasa Tiga kepada Fasa Empat…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Penunggang p-hailing di Melaka dikesan kerap langar lampu isyarat merah

Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di negeri ini dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  negeri Mohamad Firdaus Shariff. Beliau berkata sepanjang Op Merah yang dijalankan sejak 8 Okt lepas, sebanyak 112 notis daripada 183 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan tersebut. Beliau berkata sebanyak 549 motosikal diperiksa dalam operasi itu di samping kesalahan lain seperti tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat lalu lintas…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lembah Klang, Melaka beralih ke Fasa Empat Isnin ini

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Oktober). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID19 yang dipengerusikannya semalam. Beliau…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Kerja baik pulih menara telekomunikasi di Melaka selesai

Kerja-kerja membaik pulih menara telekomunikasi yang terbakar di Taman Terendak Permai, Sungai Udang di sini,  selesai sepenuhnya pada 9 Okt lepas. Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja membaik pulih berkenaan selesai empat hari lebih awal daripada yang dijadualkan. “Kerja-kerja baik pulih yang dijalankan melibatkan penggantian peralatan di dalam kabin, pemasangan pendawaian dan antena baharu. “Pengguna setempat yang sebelum ini mengalami gangguan akibat…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Sulaiman ketuai kerajaan sementara Melaka – SUK

Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang sedia ada, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad. Dalam kenyataan semalam, Kamel berkata Ahli MMKN yang terlibat akan menjalankan tugas masing-masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan. Pembentukan kerajaan sementara itu adalah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada 4 Oktober lepas.  Ia…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Pengayuh beca di Melaka akur

Rata-rata pengayuh beca di Melaka kecewa dengan keputusan kerajaan negeri menangguhkan pembukaan sektor pelancongan negeri pada 1 Oktober ini, namun kebanyakan mereka faham  dan akur dengan keputusan itu walaupun  telah membuat  segala  persediaan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang terpelihara. Sulaiman Abd Wahab, 62, berkata semua pengayuh beca di negeri ini  sanggup mengeluarkan belanja bagi  menghias dan mencantikkan beca mereka  selain memastikan masing-masing telah lengkap divaksin COVID-19 apabila diberitahu sektor pelancongan Melaka akan…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Peruntukan RM612,005 untuk masyarakat Orang Asli Melaka

Sebanyak RM612,005 diperuntukkan bagi membiayai pelbagai projek dan bantuan untuk masyarakat Orang Asli di Melaka pada tahun ini, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM404,621 diagihkan bagi melaksanakan projek infrastruktur, projek ekonomi (RM98,782), bantuan pendidikan (RM74,796) dan bimbingan usahawan (RM33,800). Beliau berkata peruntukan itu tidak termasuk bantuan khas makanan berjumlah…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bakal dibuka kepada pelancong

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka, dan cadangan itu telah diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini. “Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka), ia akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19) esok,” katanya pada…

Posted on: 07/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Melaka anjur Pidato Rukun Negara

Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan Pertandingan Pidato Rukun Negara peringkat kebangsaan sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-64. Pertandingan itu yang tertumpu kepada dua daripada lima prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara serta keluruhan perlembagaan diharap dapat menyuburkan kembali semangat patriotisme dan sayangkan negara, dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda. Berita Selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/09/860782/melaka-anjur-pidato-rukun-negara Sumber: Berita Harian/BERNAMA