Tag: mof

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: Kerajaan fahami permasalahan semua lapisan rakyat – MoF

Kerajaan memahami permasalahan yang dialami setiap lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan bujang justeru, manfaat kepada mereka tetap diambil kira menerusi Bajet 2022. Timbalan Ketua Ekonomi, Kementerian Kewangan (MoF), Dr Nirwan Noh berkata walaupun ketika pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lepas kurang menyebut mengenai manfaat secara khusus berkaitan belia dan bujang, namun prinsip tiada yang terpinggir tetap dipegang MoF. “Sebenarnya MoF, bagi bajet pada kali ini, kita cuba ringkaskan ucapan…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka – MOF

Permohonan moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan. Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata bank-bank bersedia untuk memberi bantuan bayaran balik pinjaman yang terjejas dan memerlukan justeru, mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing. “Bagi peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman selepas pakej PEMULIH tamat, bank-bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih RM330 bilion daripada pakej bantuan, rangsangan ekonomi telah dimanfaatkan

Lebih RM330 bilion atau kira-kira 62 peratus telah disalurkan daripada lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion, sekali gus memberi manfaat kepada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan setakat 24 Sept lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata kesemua pakej bantuan dan rangsangan ekonomi itu merangkumi langkah fiskal dan bukan fiskal. “Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk menangani krisis COVID-19,…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inisiatif bank bergerak diperluas, libatkan 250 mukim – Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan (MoF) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha untuk memperluas inisiatif bank bergerak dengan kerjasama institusi perbankan yang dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi inisiatif itu sepertimana diumumkan dalam pelan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun, 2021.  “Kerajaan akan menyediakan 30 unit bank bergerak di sekitar 250 mukim seluruh…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan perhalusi cadangan tingkat kadar pengeluaran i-Citra

Cadangan kenaikan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra akan diperhalusi secara menyeluruh. Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, ia akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/162815/BERITA/Nasional/Kerajaan-perhalusi-cadangan-tingkat-kadar-pengeluaran-i-Citra Sumber: Sinar harian

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 kekal bercirikan pengembangan — Tengku Zafrul

Bajet 2022 akan kekal bercirikan pengembangan dan berkonsepkan sebagai belanjawan pemulihan untuk menyokong usaha pembaharuan kerajaan yang lebih meluas dan berjangka panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata berdasarkan tiga fokus utama Bajet 2022 iaitu memacu pemulihan ekonomi (recovery), membina semula daya ketahanan negara (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform), bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) akan memainkan…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Johor terima RM16.66 juta bagi Program Jaminan Bekalan Makanan

Jabatan Pertanian Negeri Johor menerima peruntukan sebanyak RM16.66 juta daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksanakan Program Jaminan Bekalan Makanan dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran makanan negara. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata menerusi peruntukan itu, jabatan akan menyelaras enam program membabitkan 1,583 penerima dalam kalangan syarikat peneraju dan pengusaha, bermula tahun ini hingga 2022 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Beliau berkata daripada jumlah peruntukan itu, RM2…

Posted on: 18/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoF akan perhalusi kaedah terbaik stabilkan harga ayam

Kementerian Kewangan (MOF) akan memperhalusi kaedah menstabilkan harga ayam yang kini sedang meningkat naik agar ia dapat memberikan impak terbaik kepada pengguna dan penternak ayam di seluruh negara. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha itu akan dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). “Kerajaan sedar akan isu harga ayam yang meningkat naik, bagaimanapun segala keputusan dibuat perlu…

Posted on: 18/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

VIDEO: Status rayuan BPR diketahui mulai hari ini – Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan status rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mula diketahui penerima bermula esok. Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September ini bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3. Semakan rayuan BPR http:// https://bpr.hasil.gov.my Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/bayaran-rayuan-bpr-disalurkan-mulai-esok-tengku-zafrul/ Sumber: Utusan Malaysia