Tag: motac

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC lancar Pakej Cuti Penjawat Awam, Pesara Kerajaan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia, hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara, dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara, termasuk 1.2 juta ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan 700,000…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Laluan perjalanan divaksin’ Malaysia-Singapura dirancang

Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan ‘laluan perjalanan yang divaksin’ bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura dalam usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu kini dalam proses perbincangan, yang melibatkan beberapa kementerian dari kedua-dua negara, antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sendiri. Beliau berkata laluan khas perjalanan yang divaksin bagi pengembara antara…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DAKEN 2021 dilengkapi 39 strategi, 95 pelan tindakan

Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang dilancar hari ini dilengkapi 39 strategi dan 95 pelan tindakan sepanjang lima tahun tempoh pelaksanaannya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata pemantauan akan dilakukan terhadap setiap program yang dianjurkan sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut antara 2021 dan 2025 sekali gus yakin pihak berkepentingan akan memberi kerjasama dan sokongan padu dalam merealisasikan DAKEN. “Semakan semula strategi dan pelan tindakan DAKEN…

Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan

Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri. Kerajaan telah mengumumkan aktiviti rentas negeri tanpa memohon kebenaran polis bermula 11 Oktober lepas dengan syarat telah lengkap menerima dua dos vaksinasi. Beliau berkata sekiranya bergejala, adalah seeloknya ditangguhkan dahulu perjalanan kerana tindakan ini tidak dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan…

Posted on: 08/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC sedang bersedia terima semula kedatangan pelancong antarabangsa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan untuk menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri. Nancy berkata MOTAC komited meningkatkan kemudahsampaian para pelancong ke negara ini sebaik pembukaan semula pintu-pintu sempadan antarabangsa. “Pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan per kapita selain mencatatkan purata tempoh penginapan yang lebih panjang di negara ini…

Posted on: 07/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC guna panduan Tourism Malaysia untuk kesediaan pembukaan pelancongan antarabangsa

Data Pengarah Tourism Malaysia di luar negara akan dijadikan panduan dalam mengenal pasti tahap kesediaan negara bagi pembukaan sektor pelancongan antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. “Ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. Nancy semalam mengadakan pertemuan secara maya bersama 33 Pengarah Tourism Malaysia…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kebanyakan pelancong ke Langkawi buat tempahan sendiri – MOTAC

Sebahagian besar pelancong di Langkawi cenderung membuat tempahan tiket pengangkutan, penginapan dan tiket lawatan secara persendirian, demikian menurut pemantauan dan kaji selidik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Dalam pemantauan  terhadap aktiviti pelancongan domestik di Langkawi selama tiga hari iaitu 1 hingga 3 Oktober lepas mendapati terdapat pelancong yang menggunakan khidmat pengusaha pelancongan yang tidak berlesen dan tidak berdaftar dengan MOTAC. “Hasil soal selidik mendapati kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Langkawi…