Tag: Mustapa Mohamed

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia kini berpeluang lakukan lebih lagi untuk capai agenda ESG — Mustapa

Malaysia mempunyai peluang untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mencapai pertumbuhan mampan dalam agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) memandangkan banyak syarikat yang telah melaksanakannya dan ia juga telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keperluan untuk menangani beberapa isu yang telahpun wujud sejak 10-15 tahun lepas  termasuk kemiskinan dan merapatkan jurang kawasan bandar dan luar…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan rangka Dasar Tenaga Negara 2021-2040, jamin bekalan tenaga – Mustapa

Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) serta beberapa pihak berkepentingan lain sedang merangka Dasar Tenaga Negara 2021-2040.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dasar ini bertujuan meningkatkan daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga, mencapai kesaksamaan dan keadilan sosial, serta memastikan kelestarian alam sekitar. “Sekuriti tenaga mempunyai banyak aspek. Ini termasuk keselamatan bekalan tenaga jangka panjang untuk menyediakan tenaga selaras dengan…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan akan pantau implementasi RMK12 — Mustapa

Kerajaan akan memantau segala implementasi rancangan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melalui pelan pelaksanaan di bawah Unit Perancang Ekonomi.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK12. “Memang isu utama adalah pelaksanaan (RMK12). Sekarang di Parlimen sudah dimulakan perbahasan (RMK12) dan banyak dipertikaikan mengenai kemampuan kita…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMKe-12 tumpu kebajikan, perlindungan sosial, projek berpaksikan rakyat – Mustapa

Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) susulan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang. “RMK-12 juga akan memberi tumpuan…

Posted on: 10/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ekonomi lebih kukuh, pengangguran berkurangan mulai bulan ini

Kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh dan kadar pengangguran akan berkurangan mulai bulan ini berikutan peningkatan kadar vaksinasi dan sekiranya lebih banyak negeri beralih keluar daripada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/861870/ekonomi-lebih-kukuh-pengangguran-berkurangan-mulai-bulan-ini Sumber: Berita Harian

Posted on: 07/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia beri keutamaan bangunkan semula ekonomi

Malaysia meletakkan keutamaan untuk membangunkan kembali ekonominya selain menempatkan negara pada kedudukan yang lebih kukuh dengan ekonomi yang lebih kompetitif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/860839/malaysia-beri-keutamaan-bangunkan-semula-ekonomi Sumber: Berita Harian