Tag: Noh omar

Posted on: 07/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KEDA belanja RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), membelanjakan RM2.5 juta untuk projek ameniti sosial di seluruh negeri itu pada tahun ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu yang lebih tinggi berbanding tahun lepas (hanya RM1.5 juta), disalurkan untuk 77 kategori kerja dengan 67 daripadanya telah siap, manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan. “Antara projek ameniti sosial ini termasuk menaik taraf dan baik pulih longkang, dewan serba guna dan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Insken salur dana lebih RM300,000 menerusi Program Bimbingan Usahawan Atlet

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyalurkan dana berjumlah RM337,155 kepada 24 atlet negara yang terlibat dalam Program Bimbingan Usahawan Atlet, sejak enam bulan lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata semua atlet itu dibimbing oleh mereka  yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi merangka strategi perniagaan dengan lebih berkesan. “Setiap atlet ini bukan sahaja menerima bantuan dana bernilai RM15,000 seorang tetapi juga dalam bentuk latihan dan bimbingan.…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MEDAC sedia beri pinjaman kepada nelayan menerusi Tekun Nasional

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menawarkan pinjaman menerusi agensinya, Tekun Nasional, kepada golongan nelayan untuk dijadikan modal bagi memasarkan hasil laut mereka. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata selain itu, nelayan turut digalakkan mempelbagaikan sumber pendapatan serta menumpukan aktiviti kepada pelancongan yang dilihat mampu menarik minat pelancong dalam dan luar negara. “Kita sedia bekerjasama dengan nelayan memandangkan apabila menjual ikan, mereka ditakrifkan sebagai usahawan…

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan enggan divaksin berhadapan kesukaran jalankan aktiviti ekonomi

Golongan usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata ini berikutan status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu untuk pergi ke mana-mana tempat.  “Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka,” katanya kepada media selepas melawat proses…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

37,415 usahawan gulung tikar sepanjang tempoh pandemik – Noh

Sebanyak 37,415 usahawan terpaksa ‘gulung tikar’ sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26,007 daripadanya adalah usahawan mikro manakala bakinya 2,738 adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Justeru, katanya kementerian menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik semula larangan rentas negeri yang bermula semalam. “Pengumuman ini merupakan langkah yang terbaik dan peluang kepada rakyat terutamanya usahawan perusahaan…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum PERKESO – Noh Omar

Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata sasaran tersebut merupakan kerjasama yang akan dijalankan oleh MEDAC dengan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu dalam masa terdekat supaya usahawan dan koperasi yang mendapat pembiayaan bawah kementerian berkenaan dilindungi. Noh berkata kerjasama tersebut akan dimulakan…