Tag: Parlimen

Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KDN pertimbang tambah skim perumahan anggota polis

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan untuk menambah skim perumahan kepada anggota polis selaras komitmen kementerian dalam memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan itu terjamin. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata skim itu membabitkan perancangan sama ada untuk membaik pulih dan menaik taraf kuarters polis atau membina kuarters baharu. “Sekarang ini ada elaun perumahan RM300 dan juga elaun bantuan sara hidup (COLA) RM300 dan kita juga memikirkan untuk…

Posted on: 10/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Status kemajuan pembinaan Pan Borneo Sabah Fasa Satu 62 peratus

Status kemajuan pembinaan bagi 12 pakej kerja pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa Satu yang telah dimulakan hingga Oktober lepas adalah 62 peratus. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata 12 pakej kerja itu juga telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja pembinaan setakat ini. “Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa Satu dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau…

Posted on: 08/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu judi dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan mengupas isu berkenaan langkah serta tindakan undang-undang bagi membendung perjudian dalam talian. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Noorita Sual (PH-Tenom) kepada Menteri Dalam Negeri. Selain itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai perancangan untuk melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha merealisasikan cadangan pembinaan sekolah sukan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 November

Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan masih teliti jumlah pekerja asing bagi sektor yang memerlukan

Kerajaan masih meneliti mengenai jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi sektor-sektor dibenar menggaji pekerja berkenaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kementerian dan agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan analisis terperinci mengenai perkara itu. “Ini bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategik dalam mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan ketika negara masih berusaha memerangi COVID-19,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Steven…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Akta Suruhanjaya Kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu mengenai pewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu badan bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, perkara berkenaan dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Azalina Othman Said (BNPengerang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai progres terkini usaha kerajaan terhadap akta itu. Pada…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ahli Parlimen terima dos penggalak bermula esok

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula memberikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen bermula esok. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam pemakluman berkata sesi pemberian dos penggalak akan bermula 9.30 pagi di dewan bankuet Parlimen.  “Bagi melindungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19, maka KKM akan memberikan dos penggalak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat,” katanya sambil menambah tarikh pemberian…

Posted on: 01/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 mula dibahas di Dewan Rakyat hari ini

Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, mula dibahas oleh Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Sesi perbahasan dijadual dimulakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan mengikut kebiasaan pembahas kedua adalah daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).  Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, Bajet 2022 dijadual dibahas  di peringkat dasar selama tujuh hari dan akan digulung…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jom teka WARNA baju Menteri Kewangan sempena Bajet 2022 hari ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak rakyat Malaysia meneka warna baju yang akan dipakai oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sempena Pembentangan Bajet 2022 secara langsung di Parlimen, petang hari ini. Menerusi pengumuman rasmi di Facebook rasmi RTM-Radio Televisyen Malaysia, individu yang berjaya meneka bakal menerima hadiah misteri daripada RTM. “Nak menang hadiah misteri daripada RTM. ” Hari ini, 29 Oktober 2021 Bajet 2022 disiarkan secara…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Antirasuah akan jadi urusan rasmi Parlimen

Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara akan mengambil tanggungjawab mengenai antirasuah di Malaysia sebagai urusan rasmi Parlimen sebagaimana dikuatkuasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat sulung JKMR semalam dengan penubuhan jawatankuasa tersebut akan dilunaskan dalam mesyuarat Dewan Negara sesi kali ini. Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara …