Tag: PDRM

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Polis kerah lebih 7,000 pegawai, anggota tambahan untuk PRN Sarawak

Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam tugasan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim. Katanya jumlah ini akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN-12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KDN teliti laporan polis terhadap golongan antivaksin sebelum ambil tindakan

Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan. Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata pihaknya sedang mengenal pasti seksyen dan akta bersesuaian yang boleh dikuatkuasakan terhadap golongan itu. “Kalau kita tengok dia ada langgar sesuatu maka kita akan ambil tindakan dan sebagai seorang menteri yang jaga undang-undang yang ada, kita akan tengok dulu laporan polis yang diberikan kepada kita dalam seksyen mana,…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: DBKL tambah 5,000 CCTV di sekitar ibu negara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluas dan menambah baik pengurusan pengangkutan bersepadu di sekitar ibu negara menerusi pemasangan 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) dengan ciri kecerdasan buatan (AI).  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 3,000 CCTV yang mempunyai fungsi AI telah dipasang bagi pengurusan sistem trafik pintar, pemantauan jenayah, pemantauan komuniti dan pemantauan aset DBKL. Beliau berkata baki 2,000 CCTV lagi akan dipasang menjelang akhir tahun…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemeriksaan rawak masih dilakukan ke atas pergerakan rentas negeri – Hishammuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP)  akan meneruskan pemantauan terhadap pergerakan rentas negeri termasuk membuat pemeriksaan rawak di jalan-jalan utama, lebuh raya pada hujung minggu, hari cuti umum dan perayaan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan itu perlu memandangkan kebenaran rentas negeri itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi. “Ini termasuklah pemeriksaan rawak di bawah Akta…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Polis ambil tindakan tegas jika beriadah tanpa SOP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai sekiranya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutamanya penjarakan fizikal ketika beriadah di tempat awam. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff berkata tindakan tersebut akan diambil sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai. “Kita tidak ada cadangan untuk menutup tempat awam yang didapati sesak kerana kita…