Tag: pelancongan

Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan

Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri. Kerajaan telah mengumumkan aktiviti rentas negeri tanpa memohon kebenaran polis bermula 11 Oktober lepas dengan syarat telah lengkap menerima dua dos vaksinasi. Beliau berkata sekiranya bergejala, adalah seeloknya ditangguhkan dahulu perjalanan kerana tindakan ini tidak dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Sektor pelancongan negeri pantai timur dijangka pulih dalam tempoh singkat

Sektor pelancongan di negeri-negeri pantai Timur dijangka kembali pulih dalam tempoh singkat berikutan sambutan dan  kehadiran pengunjung yang dicatatkan di lokasi tarikan pengunjung sangat memberangsangkan. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Hafiz Hazin berkata hasil tinjauan yang dilakukan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mendapati banyak kawasan pelancongan sudah mula dikunjungi orang ramai. “Sebagai contoh di Tasik Kenyir, Terengganu dalam tempoh tiga minggu sahaja direkodkan seramai 35,000 pelancong domestik datang selepas beralih…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Destinasi pelancongan dan rekreasi sedia ‘diserbu’ pengunjung

Destinasi pelancongan dan rekreasi di beberapa buah negeri sudah bersedia ‘diserbu’ pengunjung susulan pengumuman kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula semalam. Beberapa negeri mula membuat persediaan untuk menerima pengunjung bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri masing-masing setelah sekian lama industri itu terjejas sejak Mac tahun lepas akibat pandemik COVID-19.  Di TERENGGANU, negeri itu menyasarkan kedatangan 1.5 juta pelancong hingga akhir Disember depan dan menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA:Sektor Pelancongan Kesihatan Malaysia Susun Persiapan Hadapi Fasa Endemik

Diterjemah dan disunting oleh Noor Hayati Muda Tidak dapat disangkal penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia membawa  cabaran kepada sektor pelancongan penjagaan kesihatan berikutan banyak negara termasuk Malaysia, menutup sempadan antarabangsa masing-masing bagi mengekang penyebaran virus itu.  Selepas hampir dua tahun mengharungi pandemik COVID-19, negara kini sedang beralih ke fasa kehidupan dalam persekitaran endemik, bermakna amat penting untuk segmen pelancongan perubatan meneliti langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan pengalaman sepanjang tempoh itu, bagi…

Posted on: 08/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC sedang bersedia terima semula kedatangan pelancong antarabangsa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan untuk menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri. Nancy berkata MOTAC komited meningkatkan kemudahsampaian para pelancong ke negara ini sebaik pembukaan semula pintu-pintu sempadan antarabangsa. “Pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan per kapita selain mencatatkan purata tempoh penginapan yang lebih panjang di negara ini…

Posted on: 07/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MOTAC guna panduan Tourism Malaysia untuk kesediaan pembukaan pelancongan antarabangsa

Data Pengarah Tourism Malaysia di luar negara akan dijadikan panduan dalam mengenal pasti tahap kesediaan negara bagi pembukaan sektor pelancongan antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. “Ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. Nancy semalam mengadakan pertemuan secara maya bersama 33 Pengarah Tourism Malaysia…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Gelembung pelancongan: Pastikan pekerja jalani ujian saringan kendiri sebelum bertugas

Pengusaha premis penginapan di bawah gelembung pelancongan digalakkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 terhadap semua pekerja sebelum bertugas bagi menjamin keselamatan mereka dan pengunjung, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Mohd Khalid Harun. Beliau berkata pengusaha premis perlu mengambil iktibar susulan kejadian penularan COVID-19 melibatkan 59 pekerja hotel terkemuka di Langkawi, yang dilaporkan semalam dan sedikit sebanyak melunturkan keyakinan orang ramai untuk bercuti. “Ujian saringan kendiri ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan penularan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Cergaskan pelancongan antara strategi lonjak pertumbuhan industri

Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang bermula tahun ini sehingga 2025 menggariskan beberapa strategi bagi mencergaskan semula industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Industri pelancongan, yang menyediakan 3.6 juta pekerjaan iaitu 23.6 peratus daripada jumlah guna tenaga pada 2019, penting kerana ia mewujudkan kesan limpahan ekonomi yang tinggi kepada negara. Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, strategi mencergaskan industri pelancongan itu antara lain akan…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Pemain utama sektor pelancongan di P. Pinang sudah bersiap sedia

Kebanyakan pemain utama sektor pelancongan di Pulau Pinang seperti bidang perhotelan serta pengusaha tempat tarikan pelancong, sudah bersiap sedia dengan segala keperluan untuk kembali beroperasi dan menerima pelawat domestik – hanya menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri untuk melonggarkan sekatan perjalanan merentas sempadan negeri. Ezco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang  Yeoh Soon Hin berkata kebanyakan mereka sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap dan ketat dalam usaha mengelak penularan COVID-19 semasa menyambut kehadiran pelancong…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Pembukaan semula gelembung pelancongan

Gelembung pelancongan akan dibenarkan semula bagi membantu mengaktifkan kembali aktiviti pelancongan di Sabah, dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arrifin, berkata ia selaras keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang sudah melengkapkan vaksin COVID-19. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/09/868091/sabah-buka-semula-gelembung-pelancongan Sumber: Berita Harian