Tag: Penggal 4

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jangan cepat terleka, puas hati terhadap usaha kekang COVID-19, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan agar semua pihak tidak cepat terleka dan berpuas hati dalam usaha mengekang COVID-19 di negara ini. Seri Paduka bertitah usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan, terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu. “Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini. Menyedari…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong seru kerajaan percepat pemulihan ekonomi menerusi Dasar Mesra Perniagaan, Pelaburan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara. Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi. Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang. Seri Paduka bertitah negara kini berada di landasan yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi pembentukan Majlis Pemulihan Negara, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pakej…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membabitkan diri dalam tadbir urus negara. “Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-14 hari ini

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat. Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah. Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali…