Tag: Perak

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Usahasama Perak dan Lazada perkasa e-dagang, tingkatkan jualan PMKS

Usahasama kerajaan negeri Perak dengan platfrom e-dagang terkemuka Asia Tenggara Lazada dapat menggalakkan penggunaan platform itu di samping meningkatkan hasil jualan pengusaha mikro kecil dan sederhana (PMKS) di Perak. Lazada dalam kenyataan semalam memaklumkan usahasama itu dilaksanakan menerusi Karnival STeP Lazada yang diadakan pada 15 Okt hingga 31 Dis dalam mempromosikan perniagaan dan produk dari Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasi berkenaan. “Lazada akan membawakan pelbagai tawaran…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Perak sedia terima ‘arus rentas negeri’ – MB

Perak tidak akan menolak ‘arus rentas negeri’ sebaliknya bersedia menerima kehadiran pelawat dan pelancong sebagaimana hasrat kerajaan untuk membenarkan kelonggaran tersebut apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiapsiaga dalam mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 sebaik kelonggaran rentas negeri dilaksanakan. “Dalam mesyuarat (mesyuarat kerajaan negeri) hari…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Masjid Batu simpan khazanah warisan sejarah mimbar usia 105 tahun

Kajian mendapati Masjid Batu di Kuala Kurau di sini menyimpan khazanah warisan bernilai sejarah iaitu sebuah mimbar berusia 105 tahun yang masih utuh dan tersergam indah. Lebih menarik, pembinaan mimbar yang mencecah ketinggian lima meter dan lebar mencecah dua meter itu tidak menggunakan sebarang paku logam sebaliknya ia menggunakan kaedah pasak, tanggam dan baji. Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Penduduk di kawasan berisiko banjir Perak dinasihat buat persiapan sewajarnya

Penduduk di negeri Perak dinasihatkan untuk melakukan persiapan sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan banjir besar ekoran musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk hujan lebat perlu diberi perhatian, bagi mengelak kesulitan yang lebih serius sekiranya berlaku banjir besar. “Saya mahu mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan hujan…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Perak bakal wujud pinjaman mikro kredit tanpa faedah untuk peniaga

Kerajaan Perak akan mewujudkan pinjaman mikro kredit tanpa faedah khusus kepada para peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID19. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berusaha mengumpul dana dan memperhalusi kaedah pinjaman itu, bagi peniaga yang memerlukan untuk memulakan perniagaan mereka. “Sekarang ini, kita ada RM3 juta pertama iaitu RM1 juta baki dana Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) tahun lepas, RM1 juta dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Hujan lebat, angin kencang sebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan di Perak

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda lewat petang hingga malam semalam menyebabkan insiden pokok tumbang di beberapa kawasan di negeri Perak. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai pokok tumbang di beberapa lokasi di Ipoh, Kampar, Seri Manjung, Pantai Remis dan Teluk Intan pada kira-kira pukul 6.30 petang hingga 11 malam. “Di Ipoh, pokok tumbang merintangi jalan di Taman Rapat Setia, Balai Polis Buntong, Hospital…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

171 struktur telekomunikasi baharu akan dibina di Perak

Sebanyak 171 struktur telekomunikasi baharu akan dibina serta 1,754 alat pemancar komunikasi akan dinaik taraf dan 252,475 premis akan disediakan capaian gentian optik talian tetap di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Perak sehingga suku kedua tahun ini. Exco Komunikasi dan Multimedia Khairul Shahril Mohamed berkata pelan JENDELA dilaksanakan secara berfasa dengan Fasa Satu bermula September tahun lalu dan berakhir pada hujung tahun depan. “Pelan itu memberi fokus kepada pemantapan infrastruktur digital…